judul baru

Wednesday 4 January 2012

FACEBOOK: IMPAK TERHADAP PEMBELAJARAN TIDAK FORMAL PELAJAR SEKOLAH MENENGAH DI MALAYSIA PADA MASA DEPAN

By: Arifin Jamil




ABSTRAK

Pembelajaran formal pelajar sekolah di malaysia lazimnya diajar melalui institusi formal seperti  kolej, sekolah, pusat tuisyen dan kelas bimbingan. Pelajar sekolah juga boleh mendapatkan akses pendidikan melalui pelbagai cara pendidikan dan pembelajaran tidak formal. Facebook adalah satu fenomena baru yang mencetuskan perdebatan para sarjana berkaitan peranan facebook dalam pencarian ilmu oleh pelajar sekolah kini dan pada masa depan. Oleh itu kajian perlu dibuat untuk mengkaji adakah pelajar sekolah menengah di Malaysia pada masa depan mendapat impak melalui penggunaan laman web facebook. Kami melakukan kajian ini adalah bertujuan untuk melaporkan dapatan kajian soalselidik yang kami kumpulkan melalui Teknik Delphi ubahsuai dua pusingan.














TINJAUAN RINGKAS KAJIAN
Perkembangan teknologi ICT di Malaysia telah mencapai tahap yang memberangsangkan, Malaysia merupakan negara membangun yang tahap penggunaan ICT terutamanya generasi muda sangat memuaskan. Mengikut perangkaan daripada World Bank, World Development Indicators 2008 yang dipaparkan oleh Google terdapat 62.6% daripada penduduk Malaysia menggunakan internet dan dijangka angka ini akan terus meningkat  menjelang tahun 2020.
Facebook adalah laman web yang paling popular dan paling ramai pelayarnya melalui internet di Malaysia. Data  dan perangkaan tersebut dikeluarkan oleh Alexa.Com., syarikat pemerhati laman web yang berpangkalan di Amerika Syarikat. Laman Web social facebook ini sememangnya digunakan untuk interaksi dan komunikasi sosial namun ia juga boleh digunakan untuk interaksi ilmiah sesama rakan facebook seantero dunia.
White (2008) menyatakan, ICT mempengaruhi corak pembelajaran yang lebih terbuka jaringan dan rangkaian sosial, kolaborasi dan tehnologi mudah alih. Sejauhmana Facebook dijadikan alat ”tools” untuk mendapatkan ilmu bermanafaat, bertukar-tukar pendapat berkaitan pendidikan tidak formal  mahupun wacana ilmiah sering dibahas dan didebatkan oleh para sarjana. Menurut Neil Selwn dan Martin Oliver dalam  journal, Learning Media and Technology (Vol 36,No. 1,March 2011,1-3), kini trend mendapatkan pendidikan tidak formal melalui laman web facebook dan twitter telah meningkat.
Adakah peningkatan  pelajar sekolah di Malaysia mendapatkan pendidikan tidak formal pada masa depan melalui facebook dijangka berlaku? Isu inilah yang ingin  kami kupas dan dibuat kajian. Oleh itu kami telah memilih lima orang pakar dari Malaysia dan Indonesia yang mempunyai pengalaman lebih dari 15 tahun dibidang pendidikan, kejuruteraan dan juga pakar sosiologi. Mereka juga suka dan mahir menggunakan facebook. Dapatan dan pendapat serta cadangan mereka kami lengkapkan melalui artikel kajian ini. Kami menggunakan method Delphi ubahsuai dengan soalan bersruktur dua pusingan. Menurut Wechler (1978) kajian Delphi memerlukan data dari pakar-pakar yang berpengalaman dan melalui beberapa pusingan soal selidik dan temubual untuk mendapatkan keputusan consensus. Statistik yang diperoleh dari pakar-pakar inilah yang dijadikan petunjuk jawapan bagi setiap kajian menggunakan teknik Delphi ini.


TUJUAN KAJIAN
Tujuan kajian ini adalah untuk membuatkan jangkaan terhadap penggunaan facebook oleh pelajar sekolah menengah di Malaysia pada masa depan bagi tujuan mendapatkan pendidikan tidak formal yang berfaedah untuk mereka.

OBJEKTIF KAJIAN
1.    Mendapatkan jangkaan pakar berkaitan impak penggunaan facebook dalam pembelajaran tidak formal pelajar sekolah di Malaysia pada masa depan.
2.    Mendapatkan jangkaan dan pandangan pakar mengenai pengurusan masa pelajar sekolah menengah di Malaysia menggunakan facebook.
3.    Membuat jangkaan terhadap amalan, kreativiti, motivasi dan keseronokan pelajar sekolah menengah di Malaysia melayari facebook bagi tujuan mendapatkan akses pendidikan tidak formal.
4.    Membuat jangkaan pengaruh dan peranan rakan facebook dalam pertukaran idea dan ilmu melalui facebook.
5.    Membuat jangkaan mengenai keberanian berkomunikasi dan berinteraksi bersama rakan facebook pelajar-pelajar sekolah menengah di Malaysia pada masa depan.

METODOLOGI KAJIAN
Kajian ini menggunakan kaedah atau teknik Delphi ubahsuai berdasarkan  soal selidik dua pusingan  yang mengumpulkan data dari pakar-pakar yang mahir dalam bidang yang ada kaitan dengan tajuk kajian ini. Menurut Wechler (1978) kaedah ini memerlukan data dan jawapan dari beberapa orang pakar yang menjawab soalan soal selidik atau temubual beberapa pusingan. Data yang dikumpul kemudian dianalisa dan jika ia mendapat consensus maka jawapan bagi persoalan yang dikaji adalah tepat dan relevan. Menurut Hader dan Hader (1995) pula jawapan atau dapatan pakar akan membawa kepada kesahihan jawapan yang sebelumnya tiada kepastian.


SOALAN KAJIAN
Kajian ini cuba menjawab persoalan-persoalan kajian berikut:
1.    Apakah jangkaan pelajar sekolah menengah di Malaysia pada masa depan tahu dan mahir menggunakan web 2.0 termasuk facebook.
2.    Adakah pelajar sekolah menengah di Malaysia pada masa depan menguruskan masa dengan baik semasa menggukan facebook.
3.    Adakah pelajar sekolah menengah di Malaysia seronok dan bermtivasi semasa menggunakan facebook untuk mmencari bahan berkaitan dengan pendidikan.
4.    Adakah pelajar sekolah menengah di Malaysia pada masa depan kreatif menghasilkan nota atau produk sendiri menggunakan facebook.
5.    Adakah pelajar sekolah menengah di Malaysia berani berkomunikasi dan mendapat ramai rakan belajar di facebook.
SOALAN TEMUBUAL
1.    Pada pendapat tuan/puan apakah jangkaan berkenaan kemahiran pelajar sekolah menengah di Malaysia pada masa depan untuk menggunakan web 2.0 khususnya facebook.
2.    Bagaimana pengurusan masa pelajar sekolah menengah di Malaysia semasa melayari facebook untuk mendapatkan pendidikan tidak formal.
3.    Adakah mereka seronok dan bermotivasi semasa menggunakan facebook.
4.    Adakah tuan bersetuju pelajar pelajar sekolah menengah di Malaysia pada masa depan lebih kreatif menghasilkan nota dan produk sendiri melalui penggunaan facebook.
5.    Bagaimana dengan tahap keyakinan mereka berkomunikasi dan berinteraksi antara rakan facebook semasa berbincang berkaitan pelajaran.
                    
PANEL PAKAR
Lima orang pakar telah dipilih iaitu; 4 orang pakar dari Malaysia dan seorang pakar dari Indonesia. Mereka yang dipilih merupakan pakar yang berpengalaman lebih 15 tahun dalam bidang masing-masing. Mereka terdiri daripada 2 orang pakar dalam bidang pendidikan, eorang pakar sosiologi pendidikan, seorang pakar kejuruteraan elektronik dan seorang pakar dalam bidang ICT dan pendidikan. Mereka juga mempunya akaun facebook serta selalu melayari facebook.
PROSUDUR PENGUMPULAN DATA DAN PERSAMPELAN
Tehnik Delphi ubahsuai dimulakan dengan pembentukan soalan subjektif semasa menemubual pakar, seterusnya berdasar temubual dengan pakar, satu set soal selidik dilakukan merangkumi dua bahagian, iaitu: bahagian A (amalan pelajar) dan B (pengajaran dan pembelajaran)
Jadual. 1.
 




 















Jadual 2.
Skala persetujuan pakar.

No
Skala Likert
Persetujuan Pakar
1
4
Sangat setuju
2
3
Setuju
3
2
Tidak setuju
4
1
Sangat tidak setuju

Data dalam pusingan pertama dan kedua dianalisis menggunakan statistik diskriptif MOD, dan Julat Antara Kuartil (JAK) berpandukan kepaada Saedah Siraj (2008) kurikulum masa depan.
Konsensus tinggi                     = Julat Antara Kuartil 0.00  – 1.00
Konsensus sederhana            = Julat Antara Kuartil 1.01 – 1.99
Tiada konsesnsus                   = Julat Antara Kuatil 2.00 ke atas

ANALISIS DAPATAN KAJIAN
Jadual 3.
Jangkaan perubahan dari aspek amalan, kemahiran, motivasi dan pengurusan masa.

No
Amalan pelajar
MOD
JAK
Tahap Konsensus
1
Jangkaan kemahiran pelajar sekolah menggunakan facebook
4
0
tinggi
2
Pengurusan masa pelajar sekolah menggunakan facebook
3
1
tinggi
3
keseronokan dan motivasi menggunakan facebook
4
0
tinggi
4
Tahap kreativiti pelajar sekolah menghasikan nota dan produk sendiri melalui facebook
4
0
Tinggi
5
Keyakinan pelajar sekolah berkomunikasi dan berinteraksi melalui facebook
4
0
tinggi
DAPATAN KAJIAN DAN IMPLIKASI

Jangkaan Impak Positif
·         Kemahiran pelajar sekolah menggunakan web 2.0 terutamanya facebook meningkat pada masa depan.
·         Pelajar sekolah menengah di Malaysia pada masa depan menggunakan masa yang lama dalam menggunakan facebook   untuk mendapatkan pendidikan tidak formal berbanding cara pendidikan tidak formal  yang lain.
·         Pelajar sekolah menengah di Malaysia pada masa depan seronok dan mempunyai motivasi yang tinggi menggunakan facebook.
·         Pelajar sekolah sekolah menengah di Malaysia pada masa depan lebih kreatif untuk menghasilkan nota atau produk mereka sendiri melalui facebook.
·         Pelajar sekolah menengah di Malaysia pada masa depan mudah mendapatkan rakan belajar dari seluruh dunia melalui facebook.
·         Pelajar sekolah menengah di Malaysia pada masa depan boleh belajar kemahiran bahasa seperti bahasa melayu dan Inggeris secara tidak formal di facebook.
Jangkaan Impak Negatif
·         Minat membaca buku, jurnal, majalah ilmiah dan mengulangkaji pelajaran cara lama dijangka menurun.
·         Pelajar sekolah menengah di Malaysia pada masa depan kurang berminat mengadakan belajar berkumpulan di sekolah selepas waktu persekolahan.
·         Pelajar sekolah menengah di Malaysia pada masa depan mengambil masa yang lama didepan computer.
·         Minat terhadap aktiviti luar berkurangan.
·         Pelajar sekolah menengah di Malaysia pada masa depan mudah terpengaruh dengan rakan facebook.
·         Pelajar sekolah menengah di Malaysia pada masa depan mudah terdedah dengan perkara negatif seperti bahan lucah, cinta terlarang, fitnah, penipuan dan lain-lain perkara yang tidak sihat.
·         Pelajar sekolah menengah di Malaysia pada masa depan terdedah kepada ancaman keselamatan kerana maklumat peribadi mudah diperolehi melalui internet.
·         Masa berharga bersama keluarga dijangka berkurangan kerana pelajar sekolah menengah di Malaysia pada masa depan lebih gemar berkurung dibilik melayari internet ataupun ke kafe siber untuk melayari facebook.
RUMUSAN
Setelah kajian ini disiapkan kami merumuskan bahawa impak facebook terhadap pelajar sekolah menegah di Malaysia mempunyai impak positif dan negatif. Jangkaan-jangkaan pakar mendapati amalan pelajar sekolah menengah di Malaysia terhadap pencarian pendidikan tidak formal dan akses untuk mencari dan bertukar pandangan berkaitan pelajaran boleh dilakukan melaluia facebook dimasa depan adalah sangat positif. Dapatan kami menunjukkan pengguna facebook tidak hanya menggunakan laman sosial facebook bagi tujuan sosial, bersimbang kosong atau membuang masa dengan perkara yang tidak berfaedah, tetapi pengguna pelajar sekolah menengah di Malaysia juga boleh menggunakan laman sosial ini bagi tujuan yang berfaedah seperti menggakses sumber pendidikan tidak formal dari serata dunia. Namun beberapa aspek nilai perlu diambil berat oleh ibu-bapa di rumah dan guru-guru di sekolah serta masyarakat umum di luar. Mereka perlu memantau dan mengambil tahu aktiviti atau perkara yang mereka lakukan melalui facebook. Untuk melahirkan insan kamil merupakan tanggungjawab bersama yang besar ibu-bapa, guru-guru dan masyakat. Kecanggihan teknologi pada masa depan perlulah diimbangi dengan kecemerlangan manusia dari segala aspek pada masa depan. Sekian Terima Kasih. 

No comments:

Post a Comment