judul baru

Wednesday 6 June 2012

RESOLUSI KONFLIK DALAM KALANGAN GURU PENDIDIKAN ISLAM


By: Arifin Jamil

BAB I
PENGENALAN

1.0 Pendahuluan
Konflik adalah elemen semula jadi yang tidak dapat dipisahkan daripada kehidupan manusia. Manusia merupakan makluk sosial yang unik dan mudah menerima kritikan. Manusia juga sering terikat dengan ketidaksamaan dalam banyak perkara dan maklumat. Konflik adalah suatu proses yang melibatkan individu untuk menyatakan dan berunding tentang perbezaan masing-masing. Konflik boleh berlaku dimana-mana sahaja, pada pelbagai peringkat dan suasana seperti rakan sekerja. Konflik juga mengalakkan tindak balas dan keterlibatan semua pihak untuk membincangkan isu-isu yang diketengahkan.
Konflik dilatarbelakangi oleh perbezaan ciri-ciri yang dibawa individu dalam suatu interaksi. perbezaan-perbezaan tersebut diantaranya adalah menyangkut ciri fizikal, kepandaian, pengetahuan, adat istiadat, keyakinan, dan lain sebagainya. Dengan dibawasertanya ciri-ciri individual dalam interaksi sosial, konflik merupakan situasi yang wajar dalam setiap masyarakat dan tidak satu masyarakat pun yang tidak pernah mengalami konflik antara anggotanya atau dengan kelompok masyarakat lainnya, konflik hanya akan hilang bersamaan dengan hilangnya masyarakat itu sendiri.
Menurut Mohd Zambri Jaafar (2002), manusia sebenarnya akan cuba mengelakkan konflik dari pada berlaku secara aktif. Sesiapa yang konflik biasanya tidak akan berkonpromi dengan orang yang berkonflik dengannya. Ada juga manusia yang berkonflik akan cuba meningkatkan konflik yang berlaku sehingga menyebabkan konflik yang pada asalnya berpunca dari pada suatu isu yang kecil meningkat ketahap yang lebih serius.
Kewujudan konflik sama ada pada tahap terpendam ataupun tahap terbuka pasti meninggalkan kesan terhadap pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Kebanyakan matlamat organisasi sekolah tidak akan tercapai tanpa kerjasama semua anggota di sekolah. Kejayaan dan keberkesanan penyelesaian sekolah bergantung kepada keupayaan guru-guru dan mengurus sekolah untuk menggalakkan usaha kerjasama menyelesaikan konflik di sekolah.
Secara sosiologis, konflik diertikan sebagai suatu proses sosial antara dua orang atau lebih (boleh juga kelompok) dimana salah satu pihak berusaha menyingkirkan pihak lain dengan menghancurkannya atau membuatnya tidak berdaya. Konflik, dalam kamus besar Bahasa Indonesia (2002) diertikan sebagai percekcokan, perselisihan, dan pertentangan. Menurut Kartono & Gulo (1987), konflik berarti ketidaksepakatan dalam satu pendapat, emosi dan tindakan dengan orang lain. Keadaan mental merupakan hasil hasrat, keinginan-keinginan dan sebagainya yang saling bertentangan, namun bekerja dalam saat yang bersamaan. Konflik biasanya diberi pengertian sebagai satu bentuk perbezaan atau pertentangan ide, pendapat, faham dan kepentingan di antara dua pihak atau lebih.
Konflik juga dimaknai sebagai suatu proses yang mulai bila satu pihak merasakan bahawa pihak lain telah mempengaruhi secara negatif, atau akan segera mempengaruhi secara negatif, sesuatu yang diperhatikan oleh pihak pertama. Suatu ketidakcocokan belum boleh dikatakan sebagai suatu konflik bilamana salah satu pihak tidak memahami adanya ketidakcocokan tersebut (Robbin, 1996). Tidak satu masyarakat pun yang tidak pernah mengalami konflik antar anggotanya atau dengan kelompok masyarakat lainnya, konflik hanya akan hilang bersamaan dengan hilangnya masyarakat itu sendiri.

1.1         Pernyataan Masalah
Menurut Abd Aziz Yusof (2003) lagi, konflik sosial perlu wujud bagi membokehkan berlakunya kepekaan dalam melaksanakan perubahan, membangun kecintaan kepada kreativiti dan inovasi dan mengelak daripada terus berada dalam zon selesa.  Hal ini kerana penyelesaian konflik yang baik adalah satu keperluan bagi menghindari setiap anggota orgnisasi menjadi pasif, statik, lesu dan tidak bersedia untuk bertindak segera atas perubahan persekitaran yang akan mempengaruhi organisasi dari semasa ke semasa.
Oleh itu, penyelesaian konflik sosial itu amat penting kerana hal ini membolehkan seseorang menggunakan kemahiran berfikir dan lebih kreatif disamping melahirkan keyakinan yang tinggi dalam kalangan pihak yang berkonflik. Perkara ini juga perlu diurus dengan baik bagi mengelakkan pertelagahan, pertengkaran dan pergaduhan yang serius. Penyelesaian konflik juga akan mampu menguji kewibawaan seseorang pengurus menghadapi perubahan situasi sosialnya agar mereka tidak terus bersikap pasif, statik, lesu dan tidak bersedia untuk melakukan sesuatu perubahan sama ada untuk dirinya atau persekitarannya.
Namun, Mohd Zambri Jaafar (2003) mendapati bahawa penyelesaian konflik dianggap sebagai satu perkara yang remeh dan tidak penting oleh masyarakat kini terutamanya dalam kalangan guru.  Konflik pada dasarnya merupakan bagian dari kehidupan sosial, kerana itu tidak ada masyarakat yang steril dari realitas konflik. Coser (1956) menyatakan konflik dan konsensus, integrasi dan perpecahan adalah proses fundamental yang walau dalam porsi dan campuran yang berbeza merupakan bagian dari setiap sistem sosial yang dapat dimengerti (Poloma, 1994). Kerana konflik merupakan bagian kehidupan sosial, maka dapat dikatakan konflik sosial merupakan sebuah keniscayaan yang tidak dapat ditawar.
Malah ada pihak yang berpendapat bahawa penyelesaian konflik terutamanya konflik sosial sebagai suatu perkara atau tindakan yang remeh dan membiarkan konflik berlaku berlalu ditelan masa. Ada juga yang menganggap konflik itu perkara yang kecil dan mudah ditangani (Yeop Hussi Bidin, 2006).
Bilamana terjadi konflik diantara temanmu atau dengan gurumu, bagaimana cara penyelesaiannya. Apakah cara penyelesaian tersebut sesuai dengan teori yang dikemukakan di atas. Konflik yang terjadi pada manusia bersumber pada berbagai macam sebab. Begitu banyak sumber konflik yang terjadi antara manusia, sehingga sukar itu untuk digambarkan secara jelas dan terperinci sumber dari konflik. Hal ini dikeranakan sesuatu yang seharusnya boleh menjadi sumber konflik, tetapi pada kelompok manusia tertentu ternyata tidak menjadi sumber konflik, demikian hal sebaliknya.
Kadang sesuatu yang sifatnya sederhana boleh menjadi sumber konflik bagi kelompok manusia. sumber konflik sebagaimana dikemukakan oleh beberapa ahli, dapat ditegaskan bahawa sumber konflik dapat berasal dari dalam dan luar diri individu. Dari dalam diri individu misalnya adanya perbezaan tujuan, nilai, kebutuhan serta perasaan yang terlalu sensitif. Dari luar diri individu misalnya adanya tekanan dari lingkungan, persaingan, serta langkanya sumber daya yang ada.
Konflik dilatarbelakangi oleh perbezaan ciri-ciri yang dibawa individu dalam suatu interaksi. perbezaan-perbezaan tersebut diantaranya adalah menyangkut ciri fizikal, kepandaian, pengetahuan, adat istiadat, keyakinan, dan lain sebagainya. Dengan dibawa sertanya ciri-ciri individual dalam interaksi sosial, konflik merupakan situasi yang wajar dalam setiap masyarakat dan tidak satu masyarakat pun yang tidak pernah mengalami konflik antara anggotanya atau dengan kelompok masyarakat lainnya, konflik hanya akan hilang bersamaan dengan hilangnya masyarakat itu sendiri. Konflik timbul dalam berbagai situasi sosial, baik terjadi dalam diri seseorang individu, antara individu, kelompok, organisasi maupun antar negara.
Oleh itu, kajian ini perlu dilaksanakan bagi mengenalpasti faktor-faktor yang menyebabkan konflik dalam kalangan guru dan bagaimanakah konflik sosial datasi oleh guru-guru pendidikan Islam. Kajian ini juga perlu dijalankan bagi mengenal pasti sama ada terdapat perbezaan yang signifikan antara penyelesaian konflik sosial guru pendidikan Islam sekolah rendah dengan guru pendidikan Islam sekolah menengah.


1.2 Objektif Kajian
Kajian ini di jalankan bagi:
1.  Mengenal pasti faktor-faktor yang menyebabkan konflik dalam kalangan guru pendidikan Islam
2.  Mengetahui cara-cara penyelesaian konflik sosial yang digunakan oleh guru pendidikan Islam
3.  Mengetahui sama ada terdapat perbezaan yang signifikan antara penyelesaian konflik sosial guru pendidikan Islam sekolah rendah dengan guru pendidikan Islam sekolah menengah.


1.3 Soalan Kajian
Sebanyak tiga soalan kajian dibina bagi menjawab permasalahan, iaitu seperti berikut:
1.  Apakah faktor-faktor yang menyebabkan konflik sosial dalam kalangan guru pendidikan Islam.
2.  Apakah cara-cara penyelesaian konflik sosial yang digunakan oleh guru pendidikan Islam.
3.  Adakah terdapat perbezaan yang signifikan antara penyelesaian konflik sosial guru pendidikan Islam sekolah rendah dengan guru pendidikan Islam sekolah menengah.


1.4 Definisi Operasional
Resolusi, dalam kamus besar bahasa Indonesia dijelaskan bahawa memiliki erti putusan atau kebulatan pendapat berupa permintaan atau tuntutan yang ditetapkan oleh rapat (musyawarat atau sidang); pernyataan tertulis, biasanya berupa tuntutan tentang suatu hal (KBBI 2005).
Konflik, dalam kamus besar Bahasa Indonesia (2002) diertikan sebagai percekcokan, perselisihan, dan pertentangan. Konflik sosial pula merujuk kepada permasalahan yang berlaku antara ahli kumpulan (dalam kajian ini merujuk kepada guru-guru pendidikan Islam) yang melibatkan perbezaan pendapat, perlakuan, komunikasi, bidang tugasan atau percanggahan idea.
Guru pendidkan Islam pula yang merujuk kepada guru-guru pendidikan Islam dan mengajar mata pelajaran pendidkan Islam termasuk pendidikan syariah Islamiyah, pendidikan al-Quran dan al-Sunnah dan tasawur Islam sama ada di sekolah rendah maupun di sekoah menengah. Mereka ini terdiri dari guru yang bersertifikasi, guru terlatih dan guru tidak terlatih.


1.5 Kepentingan Kajian
Kajian ini diharapkan dapat membantu guru-guru pendidian Islam dan pihak sekolah mengetahui kaedah penyelesaian koflik sosial yang digunakan oleh guru-guru pendidikan Islam disamping mengenal pasti punca atau jenis konflik sosial yang sering dihadapi oleh guru-guru pendidikan Islam.
Kajian ini juga dianggap penting bagi guru-guru untuk mengenal pasti kesan-kesan konflik dalam melaksanakan tugas dan membantu guru-guru menilai keberkesanan kaedah yang digunakan untuk menangani konflik agar proses Pengajaran dan Pembelajaran dapat dilaksanakan dengan lancar dan tidak mengganggu guru-guru dalam melaksanakan tugas sampingan meraka.


1.6 Limitasi Kajian
Kajian ini dijalankan di sekolah-sekolah rendah dan menengah dalam sebuah daerah sahaja. Sampel-sampel yang dipilih terdiri dari pada guru-guru pendidkan Islam, yang mempunyai obsyen pendidikan Islam semasa mengikuti kursus peguruan, sama ada yang mengajar mata pelajaran pendidikan Islam, syariah Islamiyah, tasawur Islam atau mata pelajaran lain. Kajian ini dijalankan secara survey longitudinal.
Kajian ini menjurus kepada aspek konflik sosial yang melihat kepada faktor-faktor komunikasi, orang ketiga, penampilan diri, sikap, emosi dan rakan sekerja. Seterusnya kajian ini menilai cara penyelesaian konflik sosial yang digunakan oleh guru-guru pendidikan Islam dari aspek syura, rujukan, berserah dan tindakan sendiri. Akhir sekali, kajian ini juga melihat perbezaan penyelesaian konflik sosial antara guru-guru pendidikan Islam sekolah rendah dan guru-guru pendidikan Islam sekolah menengah.

























BAB II
LITERATUR KAJIAN


2.0 Pendahuluan

Dalam bab ini pengkaji akan melihat kepada literatur yang membincangkan penyelesaian konflik secara umum, penyelesaian konflik sosial, faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya konflik dan cara-cara yang digunakan bagi menangani dan menguruskan konflik sosial dalam berbagai aspek.
Menurut Indrawijaya (1986), dalam pengertian yang luas konflik dapat dikatakan sebagai segala bentuk hubungan antara manusia yang bersifat berlawanan. Konflik juga merupakan suatu interaksi yang berlawanan mencakup tingkah laku lahiriah yang tampak jelas mulai dari bentuk perlawanan halus, terkontrol, tersembunyi, tak langsung, sampai pada bentuk perlawanan terbuka (Clinton dalam Soetopo dan Supriyanto, 2003). Konflik dapat dikatakan sebagai suatu oposisi atau pertentangan pendapat antara orang-orang, kelompok-kelompok, organisasi-organisasi yang disebabkan oleh adanya pelbagai macam perkembangan dan perubahan dalam bidang manajemen, serta menimbulkan perbezaan pendapat, keyakinan dan idea (Mulyasa, 2003).
Abd Aziz Yusof (2003), menyatakan bahawa konflik membawa maksud pergeseran dan pertentangan diantara dua pihak akibat perbezaan nilai, kehendak, pendirian dan perasaan dalam memenuhi keperluan dan matlamat. Hal ini berlaku apabila wujud interaksi antara dua pihak atau lebih manusia dan wujud pertentangan dan perbezaan pendapat atau objektif antara dua atau lebih pihak yang terlibat tentang sesuatu perkara. Seseorang dikatakan terlibat konflik dengan pihak lain jika sejumlah ketidaksepakatan muncul antara keduanya, dan masing-masing menyadari adanya ketidaksepakatan itu. Jika hanya satu pihak yang merasakan ketidak-setujuan, sedang yang lain tidak, maka belum boleh dikatakan konflik antara dua pihak (Robbin,1996). Dengan kata lain, dua pihak harus menyadari adanya masalah sebelum mereka berada di dalam konflik.
Menurut Fisher (dalam Saputro, 2003), menyatakan konflik boleh terjadi kerana hubungan antara dua pihak atau lebih (individu atau kelompok) yang memiliki atau merasa memiliki tujuan-tujuan yang tidak sejalan. Sedangkan White & Bednar (1991) mendefinisikan konflik sebagai suatu interaksi antara orang-orang atau kelompok yang saling bergantung merasakan adanya tujuan yang saling bertentangan dan saling mengganggu satu sama lain dalam mencapai tujuan itu.


2.1 Konflik Sosial

Manusia sebagai makhluk sosial selalu berinteraksi dengan sesama manusia. Ketika berinteraksi dengan sesama manusia, selalu diwarnai dua hal, yaitu konflik dan kerjasama. Dengan demikian konflik merupakan bagian dari kehidupan manusia. Konflik berasal dari kata kerja Latin configere yang berarti saling memukul. Secara sosiologis, konflik diertikan sebagai suatu proses sosial antara dua orang atau lebih (boleh juga kelompok) dimana salah satu pihak berusaha menyingkirkan pihak lain dengan menghancurkannya atau membuatnya tidak berdaya. Konflik, dalam kamus besar Bahasa Indonesia (2005) diertikan sebagai percekcokan, perselisihan, dan pertentangan.
Istilah sosial itu sendiri sebenarnya merujuk kepada segala yang berkaitan dengan masyarakat, perihal kemasyarakatan, kemasyarakatan, persahabatan, pergaulan dan aktiviti masa lapang (Kamus Dewan edisi keempat, 2005). Konflik juga sering berlaku di tempat kerja hingga patut dianggap normal disebabkan setiap perhubungan melibatkan individu-individu yang memiliki pelbagai peribadi, idea, matlamat, emosi dan lain-lain lagi (Abdullah Hassan & Ainon Mohd, 2007). Menurut kedua pengkaji tersebut, konflik sosial dikatakan berpunca daripada benda-benda, perkara-perkara, peristiwa-peristiwa ataupun individu-individu.
Menurut Kartono & Gulo (1987), konflik berarti ketidaksepakatan dalam satu pendapat, emosi dan tindakan dengan orang lain. Konflik biasanya diberi pengertian sebagai satu bentuk perbezaan atau pertentangan idea, pendapat, fahaman dan kepentingan di antara dua pihak atau lebih. Pertentangan ini boleh berbentuk pertentangan fizikal dan non-fizikal, yang pada umumnya berkembang dari pertentangan non-fizikal menjadi benturan fizikal, yang boleh berkadar tinggi dalam bentuk kekerasan, boleh juga berkadar rendah yang tidak menggunakan kekerasan.
Konflik sosial boleh berlaku dalam kalangan guru atau sesiapa sahaja apabila seseorang itu melakukan perbuatan-perbuatan yang salah ataupun yang tidak boleh diterima oleh orang lain. Konflik sosial dalam kalangan guru terutamanya guru pendidikan Islam boleh berlaku disebabkan oleh suasana sosial di sekolah dan kualiti perhubungan yang wujud di sekolah tersebut. Suasana kerja guru-guru seperti emosi yang pasif, tegang, riuh rendah dan sebagainya turut memberikan kesan negatif kepada mereka sehingga menimbulkan konflik. Konflik sosial juga boleh berlarutan apabila pihak yang berkonflik tidak dapat menyerlah tugasan mereka hanya kerana mereka kurang upaya bertindak balas pada masalah yang dihadapi secara efektif (Zamri Mohamad & Mohd Yahya Fadli Yusof, 2009).
Konflik sosial juga dipengaruhi oleh relasi psikologi yang berlawanan, berkaitan dengan tujuan-tujuan yang tak boleh dipertemukan, sikap-sikap emosional yang bermusuhan, dan struktur-struktur nilai yang berbeza. Dengan demikian berarti, konflik yang menyentuh nilai-nilai inti akan dapat mengubah struktur sosial sedangkan konflik yang mempertentangkan nilai-nilai yang berada di daerah pinggiran tidak akan sampai menimbulkan perpecahan yang dapat membahayakan struktur sosial.
Kesimpulannya, konflik sosial itu adalah kekusutan yang dialami seseorang yang cuba melibatkan diri dalam proses sosialisasi dengan masyarakat, rakan sekerja dan pentadbir. Konflik sosial merupakan aspek yang menyebabkan seseorang itu tidak dapat mengganti masalah suasana yang dihadapi secara efektif. Guru-guru terutamanya guru pendidikan Islam akan mudah menghadapi konflik sosial apabila mereka tidak berusaha untuk bekerja sama dengan rakan sekerja, menyatakan pendirian, bertindak secara progresif, melakukan tingkah laku yang tidak disenangi oleh orang lain, mempertahankan pendapat sendiri yang dianggap betul dan sifat ego yang kuat.


2.2 Faktor-Faktor Konflik Sosial

Konflik yang berlaku pada manusia berpunca pada pelbagai sebab. Kerana banyak sebab punca konflik yang berlaku antara manusia, sehingga sukar untuk digambarkan secara jelas dan terperinci punca dari konflik tersebut. Hal ini kerana sesuatu yang sepatutnya boleh menjadi sumber konflik, tetapi pada kelompok manusia tertentu ternyata tidak menjadi sumber konflik, demikian hal sebaliknya. Kadang sesuatu yang sifatnya biasa boleh menjadi sumber konflik antara manusia. Konflik juga dilatarbelakangi oleh perbezaan ciri-ciri yang dibawa individu dalam suatu interaksi. perbezaan tersebut adalah merangkumi ciri fizikal, kepandaian, pengetahuan, adat istiadat, keyakinan, dan sebagainya.
Menurut kajian yang dijalankan oleh Ahmad Fadli Yusof (2004), konflik berpunca daripada sikap tidak bersetuju seseorang terhadap suatu perkara yang dikemukakan oleh orang lain, percanggahan idea dan perselisihan pendapat. Selain itu, konflik sosial juga boleh berlaku apabila wujudnya sifat kebergantungan, curiga dan ada perasaan tidak percaya kpada orang lain, takut kehilangan faedah dan keistimewaan. Dalam hal, ini konflik juga turut berlaku apabila keperluan dan kehendak, sama ada yang nyata dan tersembunyi yang tidak tercapai, masalah komunikasi, campur tangan orang ketiga dan sifat peribadi (Rahmat Ismail, 2006).
Satu kajian lagi oleh Abdul Rahman Abdullah (2006) mendapati bahawa konflik berpunca daripada perbezaan pandangan dan pendapat, serta sifat individu yang cenderung kepada kepentingan sendiri berbanding orang lain. Fuad Sakdan (2006) pula menambahkan beberapa faktor lain yang juga boleh menimbulkan konflik sosial seperti biologis, psikologis, giografis, iklim dan alam semula jadi, ruang, komunikasi, sumber yang terhad, lokasi, demografis, budaya, ideologis dan sistim ekonomi.

2.2.1 Komunikasi

Komunikasi adalah suatu proses dimana seseorang atau beberapa orang, kelompok, organisasi dan masyarakat menciptakan dan menggunakan informasi untuk perhubungan di dalam lingkungan yang besar (Ruben Brent D & Lea P Stewart, 2006). Pada umumnya, komunikasi dilakukan secara lisan atau verbal yang dapat difahami oleh kedua belah pihak. Apabila tidak ada bahasa verbal yang dapat difahami oleh keduanya, komunikasi masih dapat dilakukan dengan menggunakan gerak-geri badan, menunjukkan sikap tertentu, misalnya tersenyum, menggeleng-kan kepala, mengangkat bahu. Cara seperti ini disebut komunikasi nonverbal (Komala & Lukiati, 2009).
Dengan kata lain, komunikasi berlangsung dua arah, iaitu dari pengirim dan kepada penerima dan dari penerima kepada pengirim. Proses melingkar ini menunjukkan bahawa komunikasi selalu berlangsung (Lukiati, 2009). Para peserta komunikasi menurut model interaksional adalah orang-orang yang mengembangkan potensi manusiawinya melalui interaksi sosial, tepatnya melalui pengambilan peranan orang lain (Mulyana & Deddy, 2007). Oleh itu, komunikasi merupakan interaksi sosial antara individu, sekurang-kurangnya dua ejen berinteraksi yang berkongsi maklumat atau pendapat.
Komunikasi yang bermasalah akan menimbulkan konflik sosial apabila aspek-aspek seperti budaya yang merangkumi sesebuah kumpulan berfikir dan bertindak balas, menjalankan kehidupan seharian dan cara berkomunikasi sukar ditafsir atau berbeza dengan cara seseorang. Disamping itu, status dan tingkah laku juga manpu mewujudkan konflik apabila tiada keserasian antara individu. Hal ini juga disebabkan oleh komunikasi antara individu dan diantara seseorang dengan orang yang lain atau antara kelompok sangat tidak berkesan kerana ia melibatkan unsur maklum balas serta berdasarkan lapangan yang tidak sama. Muhammad Rizal Munawir dan Kamaruzzaman (2006) menyatakan bahawa komunikasi yang kurang berkesan akan menimbulkan konflik apabila kurang persefahaman dalam kalam kalangan ahli organisasi atau ahli sosial. Peyelewengan maklumat dan penyalah tafsiran maklumat yang disampaikan turut menjadi punca komunikasi kurang berkesan.
Konflik dapat dirasakan, diketahui, diekspresikan melalui perilaku-perilaku komunikasi (Folger & Poole: 1984). Menurut Robbin (1996), menyatakan bahawa konflik itu hal yang buruk, sesuatu yang negatif, merugikan, dan harus dihindari. Konflik ini merupakan suatu hasil disfungsional akibat komunikasi yang buruk, kurang kepercayaan dan kurang keterbukaan di antara sesama. Jafar Muhammad (2007) menyatakan bahawa komunikasi yang lemah, perbezaan semantik, gangguan dalam sistem komunikasi dan salah faham berkomunikasi boleh menyebabkan konflik kerana cara komunikasi yang lemah akan menyebabkan maklumat yang disampaikan lari daripada maksud sebenar dan penerimaan yang bebeza.
Kesimpulannya, komunikasi akan melahirkan konflik sekiranya wujud perbezaan sematik dalam komunikasi yang digunakan seseorang itu menyebabkan salah faham dan penyampian maklumat berlainan dengan maklumat yang sebenar. Hal yang demikian turut terjadi apabila komunikasi semakin berkurang hingga mewujudkan kemarahan pada seseorang dan akhirnya rasa percaya dan keyakinan turut hilang. Komunikasi yang kurang berkesan juga menjadi pumca konflik sosial terus berlaku. Perkara-perkara tersebut boleh mewujudkan konflik kerana komunikasi merupakan suatu proses penyebaran maklumat daripada seseorang kepada orang lain.
2.2.2 Perbezaan Kepentingan Individu

Perbezaan kepentingan antara individu pula dapat menjadi punca konflik sosial, dimana manusia memiliki perasaan, pendirian maupun latar belakang kebudayaan yang berbeza. Oleh sebab itu, dalam waktu yang bersamaan, masing-masing orang memiliki kepentingan yang berbeza-beza. Kadang-kadang orang dapat melakukan hal yang sama, tetapi untuk tujuan yang berbeza-beza. Sebagai contoh, misalnya perbezaan kepentingan dalam hal pemanfaatan hutan. Para tokoh masyarakat menganggap hutan sebagai kekayaan budaya yang menjadi bagian dari kebudayaan mereka sehingga harus dijaga dan tidak boleh ditebang. Para petani menebang pohon-pohon kerana dianggap sebagai penghalang bagi mereka untuk membuat kebun atau ladang. Bagi para pengusaha kayu, pohon-pohon ditebang dan kemudian kayunya diekspor guna mendapatkan wang dan membuka pekerjaan. Sedangkan bagi pecinta lingkungan, hutan adalah bagian dari lingkungan sehingga harus dilestarikan.
Di sini jelas terlihat ada perbezaan kepentingan antara satu kelompok dengan kelompok lainnya sehingga akan mendatangkan konflik sosial di masyarakat. Konflik akibat perbezaan kepentingan ini dapat pula menyangkut bidang sosial, politik, ekonomi dan budaya. Begitu pula dapat terjadi antara kelompok atau antara kelompok dengan individu, misalnya konflik antara kelompok buruh dengan pengusaha yang terjadi kerana perbezaan kepentingan di antara keduanya. Para buruh menginginkan upah yang memadai, sedangkan pengusaha menginginkan pendapatan yang besar untuk dinikmati sendiri dan memperbesar bidang serta volume usaha mereka.
Perbezaan individu, yang meliputi perbezaan pendirian dan perasaan, kerana setiap manusia adalah individu yang unik. Ertinya, setiap orang memiliki pendirian dan perasaan yang berbeza-beza satu dengan lainnya. Perbezaan pendirian dan perasaan akan sesuatu hal atau lingkungan yang nyata ini dapat menjadi faktor penyebab konflik sosial, sebab dalam menjalani hubungan sosial, seseorang tidak selalu sejalan dengan kelompoknya. Misalnya, ketika berlangsung pentas musik di lingkungan pemukiman, tentu perasaan setiap warganya akan berbeza-beza. Ada yang merasa terganggu kerana berisik, tetapi ada pula yang merasa terhibur.
Konflik sosial juga dilatarbelakangi oleh perbezaan cirri-ciri yang dibawa indivi dalam suatu interaksi, perbezaa-perbezaan tersebut diantaranya menyangkut cirri fizikal, kepandaian, adat istiadat, keyakinan dan sebagainya.
Kesimpulannya, konflik merupakan dampak daripada kepentingan, baik kepentingan individu yang dipimpin maupun pemimpin. Disadari atau tidak, ketika bergabung dalam sebuah organisasi, setiap individu mempunyai kepentingan tertentu yang ingin dicapai pada saat bergabung dengan organisasi. Disamping bahawa ada kepintingan organisasi, iaitu visi yang harus sejalan dan selaras dengan pemikiran individu yang bergabung dengan organisasi. Kepentingan individu yang berbeza juga menjadi punca terjadinya konflik.

2.2.3 Perbezaan Personaliti dan Tingkah Laku Individu

Personaliti atau keperibadian merupakan sesuatu kualiti atau keadaan yang terdapat atau sedia wujud di dalam seseorang individu untuk individu tersebut menggelar dirinya sebagai seorang insan (Gordon Allport, 1961). Amriz (2008) menambahkan bahawa personaliti ini merangkumi satu penyusunan diantara faktor-faktor seperti biologi, psikologi dan sosiologi. Untuk proses sosialisasi berlaku, seseorang itu haruslah mempunyai personaliti.
Dalam psikologi, personaliti ditakrifkan sebagai himpunan pola emosi, pemikiran dan perlakuan yang unik untuk seseorang dan tekal dengan masa. personaliti juga berkait rapat dengan tindak-tanduk seseorang seseorang yang ingin menzahirkan ciri-ciri kawalan emosi dan pemikiran. Personaliti memainkan peranan penting seseorang, daripada sudut pandangan luaran memainkan karakter diri. Sehubungan itu, satu daripada penyelidikan menjelaskan rupa diri dapat diukur dari dalam dan boleh dizahirkan pada luaran. Personaliti bermaksud pola tingkah laku, pemikiran dan emosi stabil dan unik yang ditunjukkan oleh seseorang (Ungku Norul Kamal Ungku Ahmad, et al, 2005). Personaliti akan berubah mengikut masa dan tidak hanya terbentuk dari satu ciri tetapi ia adalah gabungan antara beberapa ciri lain (Zanariah Martan, 2009).
Rahmat Ismail (2006) menyatakan bahawa ciri-ciri personaliti, keperilakuan peribadi, kesihatan dan stres juga menjadi punca berlakunya konflik sosial. Hal ini kerana seseorang mengalammi perubahan yang mendadak dan berterusan. Selain itu, menurut Rahmat, individu yang mempunyai personaliti yang bercita-cita tinggi. Kesannya, bagi mencapai cita-cita yang diinginkan, maka individu tersebut akan berusaha sedaya upaya untuk mendapatkan kuasa yang diingininya. Jadi, dalam memenuhi keinginannya itu, mereka akan lebih mementingkan keperluan diri sendiri tanpa mengira kepentingan pihak lain.
Kesimpulannya, perbezaan personaliti dan tingkah laku boleh mengundang konflik kerana personaliti seseorang itu boleh berubah-ubah mengikut keadaan, tempat dan masa. Disamping itu, perbezaan personaliti juga dipengaruhi oleh faktor-faktor persekitaran, keperilakuan peribadi, kesihatan dan stres. Selain itu, personaliti dan tingkah laku individu berbeza dan mempunyai ciri-ciri yang berlainan. Perbezaan tersebut menyebabkan konflik apabila setiap individu berusaha menyesuaikan diri sendiri melebihi kepentingan orang lain.

2.2.4 Perubahan Nilai yang Cepat dan Mendadak Dalam Masyarakat

Perubahan nilai adalah sesuatu yang lazim dan wajar terjadi, tetapi jika perubahan itu berlangsung cepat atau bahkan mendadak, perubahan tersebut dapat menimbulkan berlakunya konflik sosial. Misalnya, pada masyarakat desa yang mengalami proses industrialisasi yang mendadak akan mewujudkan konflik sosial sebab nilai-nilai lama pada masyarakat tradisional yang biasanya bercorak pertanian secara cepat berubah menjadi nilai-nilai masyarakat industri.
Nilai-nilai yang berubah itu seperti nilai gotong-royong digantikan menjadi nilai kontrak kerja dengan upah yang disesuaikan mengikut jenis pekerjaannya. Hubungan kekerabatan berubah menjadi hubungan struktural yang disusun dalam organisasi formal perusahaan. Nilai-nilai kemasyarakatan berubah menjadi individualis dan nilai-nilai tentang pemanfaatan waktu yang cenderung tidak ketat berubah menjadi pembahagian waktu yang tegas seperti jadual kerja dan istirehat dalam dunia industri. Perubahan-perubahan ini, jika terjadi secara cepat atau mendadak, akan mewujudkan masalah proses-proses sosial di dalam masyarakat, bahkan akan terjadi upaya penolakan terhadap semua bentuk perubahan kerana dianggap mengganggu tatasusila kehidupan masyarakat yang sedia ada.




2.2.5 Kepercayaan dan Kerja Sama Yang Rendah

Konflik juga wujud dikaitkan dengan perhubungan sesama manusia adalah berpunca dari perkara-perkara seperti kurang rendahnya kepercayaan dan kerja sama antara rakan sekerja. Kegagalan untuk berkongsi idea dan perasaan akan menyebabkan wujudnya jurang antara ahli organisasi, terutama guru pendidikan Islam. Seseorang akan cenderung untuk mentafsir tingkahlaku atau perilaku orang lain dan ianya menyebabkan wujud banyak tanggapan negatif sehingga menjejaskan sesuatu perhubungan. Perbezaan ini, apabila dua atau lebih individu yang mempunyai sikap, kepercayaan dan kerja sama yang rendah akan mewujudkan konflik. Hal ini, kerana kepercayaan dan kerja sama yang rendah dapat mempengaruhi proses membuat penilaian terhadap yang lain.
Kesalahan dalam persefahaman, nilai diri dan perasaan orang lain sehingga menyebabkan segala usaha atau kerjasama antara satu atau lebih pihak menjadi terbatas dapat menjadi punca konflik sosial. Konflik juga dapat menjadi pemangkin kepada seseorang itu untuk memikirkan punca sesuatu masalah secara mendalam, menigkatkan motivasi untuk menyelesaikan masalah dan memahami emosi serta tingkahlaku diri sendiri dan orang lain dalam mewujudkan perasaan tanggungjawab kepada ahli lain dalam kelompok (Muhammad Ismail, 2005).
Kesimpulannya, kurangnya kepercayaan terhadap rakan sekerja dan kerja sama yang rendah dalam kelompok dapat menimbulkan konflik sosial.


2.3 Penyelesaian Konflik

Konflik dapat berpengaruh positif atau negatif, dan selalu ada dalam kehidupan. Oleh kerana itu, konflik hendaknya tidak serta merta harus ditiadakan. persoalannya, bagaimana konflik itu boleh dimanajemen sedemikian rupa sehingga tidak menimbulkan disintegrasi sosial. Pengelolaan konflik bererti mengusahakan agar konflik berada pada level yang optimal. Jika konflik menjadi terlalu besar dan mengarah pada akibat yang buruk, maka konflik harus diselesaikan. Di bahagian lain, jika konflik berada pada level yang terlalu rendah, maka konflik harus dibangkitkan (Riggio, 1990).
Berbeza lagi dengan yang dinyatakan oleh Soetopo (1999) bahawa strategi pengurusan konflik merujuk pada suatu aktiviti yang dimaksudkan untuk menguruskan konflik mulai dari perencanaan, evaluasi, dan pemecahan suatu konflik sehingga menjadi sesuatu yang positif bagi perubahan dan pencapaian tujuan. Berdasarkan beberapa pendapat tentang pengurusan konflik, dapat ditegaskan bahawa penyelesaian konflik merupakan cara yang digunakan oleh individu dalam mengawal, mengarahkan dan menyelesaikan konflik.
Secara sosiologis, proses penyelesaian konflik sosial dapat berbentuk proses penyelesaian sosial yang bersifat menggabungkan dan proses sosial yang menceraikan (Bangbang Sugeng, 2005). Ia menambahkan proses sosial yang bersifat asosiatif diarahkan pada terwujudnya nilai-nilai seperti keadilan sosial, cinta kasih, kerukunan, solidaritas. Sebaliknya proses sosial yang bersifat dissosiatif mengarah pada terciptanya nilai-nilai negatif atau asosial, seperti kebencian, permusuhan, egoisme, kesombongan, pertentangan, perpecahan dan sebagainya. Jadi proses sosial asosiatif dapat dikatakan proses positif. Proses sosial yang dissosiatif disebut proses negatif. Sehubungan dengan hal ini, maka proses sosial yang asosiatif dapat digunakan sebagai usaha menyelesaikan konflik.
Menurut Ezhar Tamam (1999), penyelesaian konflik dari perspektif barat adalah dengan membentuk sikap positif terhadap konflik kerana menganggap konflik mempunyai manfaat yang nyata dan tersembunyi. Selain itu, konflik sosial boleh diurus dengan mewujudkan ruang untuk berkomunikasi agar tidak mengharapkan orang lain meramalkan pemikiran kita.
Ungku Norul Kamal, et al (2005) mengemukakan kaedah peyelesaian konflik dengan cara mewujudkan konflik berprogram iaitu menggalakkan perbezaan pendapat dengan tidak melindungi perasaan pihak tertentu. Tujuannya adalah agar pihak yang berkonflik dapat mempertahankan atau mengkritik sesuatu berdasarkan fakta yang relevan. Ia juga berpendapat bahawa kaedah dialektik boleh digunakan untuk mengurus konflik sosial. Hal ini, kerana kaedah ini bertujuan mewujudkan perdebatan yang sihat berdasarkan pandangan yang berbeza untuk memahami sesuatu perkara atau cadangan yang dikemukakan.
Hodge dan Anthony (1991), memberikan gambaran melalui berbagai metode resolusi (penyelesaian) konflik, sebagai berikut; Pertama, dengan metode penggunaan paksaan. Orang sering menggunakan kekuasaan dan sewenangnya agar konflik dapat diredakan. Kedua, dengan metode penghalusan (smoothing). Pihak-pihak yang berkonflik sekiranya saling memahami konflik dengan bahasa kasih sayang untuk mewujudkan dan memulihkan hubungan kearah kedamaian. Ketiga, penyelesaian dengan cara demokratis. Ertinya, memberikan peluang kepada pihak masing-masing untuk mengemukakan pendapat dan memberikan keyakinan agar kebenaran pendapatnya sehingga dapat diterima oleh kedua belah pihak.
Aidah Mohd. Tan & Razumah Baharuddin (1998) mendapati bahawa pemilihan strategi daya tindak yang betul membolehkan konflik ditangani dengan baik dan tidak menjejaskan kesejahteraan seseorang  dengan yang lain. Selain itu, mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang peranan dan tanggung jawab masing-masing dalam menjalankan tugas dan perhubungan juga boleh menghindari konflik dari pada berlaku. Kemudahan-kemdahan kauseling yang fleksibel juga perlu disediakan agar tanggung jawab dan tugas setiap individu dapat dilaksanakan dengan sempurna.


2.3.1 Membentuk Sikap Positif Terhadap Konflik

Menurut Havighust (1967) perkembangan manusia melalui tiga tahap iaitu tahap kanak-kanak, remaja dan dewasa. Remaja mengalami dan mempelajari cara-cara menyesuaikan diri dengan keadaan sekitar. Zaman dewasa pula sering dikaitkan dengan kebolehan untuk bertanggung-jawab dan berdikari. Namun, zaman inilah mereka tetap mengalami pelbagai jenis masalah dan konflik.
Bersikap lebih terbuka, mengamalkan komunikasi yang tepat dan bersedia untuk mendengar dan menerima pandangan orang lain, juga  dapat menjadi aspek utama dalam menangani konflik. Sehingga apabila dua atau lebih individu yang mempunyai sikap yang negatif dan kepercayaan yang rendah terhadap orang lain, maka akan mewujudkan konflik sosial dalam kelompok tersebut.
Ezhar Tamam (1999), kesan suatu konflik, sama ada positif atau negatif bergantung kepada konflik diuruskan. Perkara penting yang harus dipegang adalah setiap konflik mempunyai hikmah yang nyata dan tersembunyi. Sikap positif akan memudahkan dan melancarkan proses penyelesaian konflik.
Dalam Islam konflik perlu dianggap sesuatu yang positif, kerana konflik juga boleh jadi jalan untuk penyelesaian masalah (Zanariah Marthan, 2009), memberi peluang dan kesempatan untuk menegakkan kebenaran serta sebagai suatu latihan berfikir dan bertukar pendapat (Muhammad Rizal & Kamaruzzaman, 2006).
Kesimpulannya, setiap orang yang menghadapi konflik perlu menerimanya secara positif. Demikian kerana konflik sosial merupakan perkara yang memberikan banyak faedah seperti menggalakkan kemahiran, latihan berfikir dan membantu seseorang mencari jalan penyelesaian melalui kaedahnya. Impak dari konflik sosial juga, seseorang itu akan dapat menegakkan kebenaran dan bertukar pendapat antara ahli organisasi. Seterusnya, sikap positif terhadap konflik akan membantu penyelesaian konflik secara sistematik dan lancar.

2.3.2 Mewujudkan Ruang Berkomunikasi

Dalam berkomunikasi biasanya seseorang akan menemui pelbagai macam hambatan jika tidak dapat ditanggapi dan disikapi akan membuat proses komunikasi tersebut menjadi sia-sia atau yang sering terjadi adalah kesalahfahaman. Namun sebalinya, jika komunikasi tersebut dapat disikapi dan difahami dengan yang sebenar, ia akan menjadi faktor dalam penyelesaian konflik. Komunikasi juga berfokus kepada mencari maklumat, memberi arahan, memotivasi, member galakan, menyokong dan memujuk. Mohammad Najib (dalam Zanariah marthan, 2009), turut berpendapat bahawa berkomunikasi yang terbuka dan mendapat sokongan akan menggalakkan kerja sama dalam menjayakan tugas dengan tujuan untuk mengumpul dan menyebarkan maklumat yang efektif. Komunikasi juga menjadi aspek utama menyelesaikan masalah dan konflik, mematahkan khabar angin, mengolah suasana temteram dan dapat memberi makna terhadap tugas dalam pendidikan yang konpleks.
Yang paling mendasar dalam sebuah kegiatan komunikasi adalah adanya rasa saling percaya. Kalau sudah percaya, biasanya apapun yang dikatakan pastilah diterima. Satu hal lagi yang berpengaruh iaitu efesien, komunikasi yang efesien adalah komunikasi yang tidak membutuhkan upaya besar agar mencapai tujuannya. Kerja sama merupakan modal dasar untuk menyelenggarakan komunikasi yang efektif, kerananya dibutuhkan kemampuan komunikasi yang efektif. Kemampuan ini merupakan kemampuan untuk berbagi idea, mengkritik dari semua aspek, mendorong dan merangsang imajinasi, monolak buah fikiran yang kurang tepat dan mengenal sejak dini solusi yang dapat diambil.
Ruang komunikasi juga dapat diwujudkan apabila setiap orang dalam ahli menjaga hubungan sosial dengan menghormati dan mengamalkan sifat-sifat mahmudah (Zanariah Marthan, 2009). Sifat-sifat terpuji semacam ini amat banyak, sebagaimana telah dinyatakan oleh Allah dan ditunjukkan oleh Rasulullah S.A.W.. Dengan demikian, apabila konflik berlaku, seseorang yang menghadapinya perlu bersedia dan mencari peluang untuk berkomunikasi dengan pihak yang terlibat.
Tanpa komunikasi yang luhur dan bermakna, amat sukar untuk mengurus konflik. Jadi, seseorang perlu mengambil sikap proaktif dalam mengurus konflik dengan memulakan usaha dan bukan menunggu (Ezhar Tamam, 1999).


2.3.3 Keadilan dan Peranan Pihak Ketiga

Keterbukaan dan keadilan sangatlah penting serta dibutuhkan dalam kehidupan dan pergaulan sehari-hari, kerana jika tanpa adanya keterbukaan dan keadilan maka tidak terwujudlah rasa kebersamaan yang baik dan akhirnya akan menimbulkan konflik sosial. Keadilan pada hakikatnya adalah memperlakukan seseorang atau pihak lain sesuai dengan haknya. Yang menjadi hak setiap orang adalah diakui dan diperlakukan sesuai dengan harkat dan martabatnya, yang sama derajatnya, yang sama hak dan kewajibannya, tanpa membedakan suku, keturunan dan agamanya.
Dengan adanya keadilan konflik sosial yang timbul dalam kumpulan akan mudah diurus. Cara ini bukan hanya dapat mengatasi konflik, bahkan hubungan antara seseorang dengan seseorang yang lain akan dapat dikekalkan (Suhaini Muda, 2006). Keadilan adalah salah satu cara untuk menyelesaikan konflik yang berlaku. Kebiasaannya konflik berlaku akibat rasa tidak puas hati yang disebabkan oleh ketidakadilan.
Konflik juga dapat diselesaikan secara perantaraan atau orang ketiga yang dipilih dan mempunyai sifat adil dan wibawa. Keadilan yang dimaksud, pihak yang dipilih dapat menjadi orang tengah dan mendengar masalah kedua-dua belah pihak. Tujuannya untuk mengelakkan keputusan yang dibuat itu berat sebelah pihak dan menyebabkan konflik makin meruncing. Orang tengah yang pilih perlu adil dan komited dalam mengambil keputusan dan diharapkan dapat menyelesaikan masalah serta diterima oleh kedua-dua belah pihak yang berkonflik.
Kadangkala perundingan yang dibuat oleh kedua-dua pihak yang berkonflik gagal menemui penyelesaian. Jadi, dalam hal ini peranan orang ketiga sangat diperlukan bagi membantu perundingan tersebut. Moore (dalam Mohd Fuad Sakdan, 2005) menyatakan bahawa pihak ketiga atau pengatara tidak berautoriti dalam pembuatan keputusan tetapi bertanggungjawab membantu pihak yang berkonflik bagi mencapai penyelesaian tentang isu yang dipertikaikan. Dengan demikian segala keputusan yang dibuat oleh pihak ketiga harus diterima oleh kedua-dua pihak.
Secara umumnya, konflik sosial dapat diurus dengan baik melalui konsep keadilan apabila ada pihak yang cuba akan membantu dalam penyelesaian. Bantuan pihak ketiga bukan sahaja dapat meringankan konflik yang berlaku, malah hal ini membolehkan hubungan antara pihak yang berkonflik semakin baik. Isu yang menjadi punca konflik dapat diatasi dan masalah dapat diselesaikan.

2.3.4 Kaedah Penyelesaian Masalah

Soetopo (1999) menyatakan bahawa strategi penyelesaian konflik merujuk pada suatu aktivitas yang dimaksudkan untuk mengelola konflik mulai dari perencanaan, evaluasi, dan pemecahan atau penyelesaian masalah konflik menjadi sesuatu yang positif bagi perubahan dan pencapaian tujuan.
Proses penyelesaian masalah dalam mengatasi konflik sosial boleh menggunakan beberapa langkah. Langkah tersebut dibuat melalui proses yang dikenal sebagai percambahan pemikiran atau sumbang saran. Prosesnya adalah melalui pendefinisian masalah, kemudian setelah masalah dikenal pasti, proses menganalisis dibuat terhadap masalah yang menimbulkan konflik. Proses mengenal pasti ini digunakan untuk mencari berapa banyak faktor yang menyebabkan suatu masalah timbul hingga berlakunya konflik. Setelah analisis dibuat, setiap ahli yang berkonflik perlu berbincang dan mencari jalan penyelesaian bagi masalah yang berlaku.
Md Yadi Said (2006), penyelesaian konflik sosial boleh diatasi melalui penyelesaian masalah dengan cara sebelah pihak melayani dulu pihak yang satu lagi. Hal ini bermaksud seseorang perlu mendengar dengan baik permasalahan orang lain ketika berinteraksi. Seseorang yang berkonflik juga perlu membuka peluang penyelesaian dengan meminta pihak lain dengan memberikan cadangan penyelesaian. Setelah semua maklumat diperolehi dianalisi kembali agar didapatkan jalan penyelesaian. Hal ini bermaksud kedua-dua belah pihak yang bekonflik menerima jalan penyelesaian yang dicadangkan dengan sebulat hati dan kedua-duanya merasakan mereka mendapat perkara yang diinginkan.
Penyelesaian masalah menumpu kepada masalah yang telah wujud, memerlukan analisis kepada perbazaan sebab-sebab berlaku masalah dan yang terakhir adalah proses membuat keputusan (Mohammad Najib Abdul Ghafar, 2004). Maimunah Aminuddin (2003), pula menjelaskan bahawa dalam penyelesaian masalah yang menimbulkan konflik seseorang perlu bertindak segera, menyesiasat dan merekod perkara-perkara yang penting seperti faktor sesuatu masalah berlaku, sentiasa bersikap tenang, memiliki kemahiran mendengar dan memberikan khidmat kaunseling.


2.4 Kesimpulan

Manusia sebagai makhluk sosial selalu berinteraksi dengan sesama manusia. Ketika berinteraksi dengan sesama manusia, selalu diwarnai dua hal, yaitu konflik dan kerjasama. Dengan demikian konflik merupakan bagian dari kehidupan manusia. Konflik biasanya diberi maksud sebagai satu bentuk perbezan atau pertentangan idea, pendapat, fahaman dan kepentingan diantara dua pihak atau lebih. Konflik dilatarbelakangi oleh perbezaan ciri-ciri yang dibawa individu dalam suatu interaksi. Perbezaan-perzedaan tersebut diantaranya adalah menyangkut ciri fizikal, kepandaian, pengetahuan, adat istiadat, keyakinan, dan sebagainya.
Apabila konflik sosial wujud, kita perlu melihat cara-cara pengurusannya agar hal ini tidak menjadi duri dalam daging. Cara-cara yang boleh dilaksanakan adalah seseorang itu perlu membentuk sikap positif terhadap konflik dan mewujudkan ruang untuk berkomunikasi.
Kaedah lain yang boleh digunakan untuk mengatasi konflik sosial adalah melaui konsep keadilan, kerana konsep ini mempunyai peranan penting dalam penyelesaian konflik sosial. Tanpa keadilan kehidupan akan selalu diwarnai dengan konflik, sama ada pemerintahan, masyarakat, organisasi dan lainnya. Selain kaedah-kaedah tersebut, konflik juga dapat diselesaikan dengan melalui peranan orang ketiga yang jadi sebagai penengah yang adil dan bijak dalam menangani masalah dan tidak berpihak. Seterusnya, kaedah penyelesaian masalah juga dapat diprektikkan oleh guru pendidikan Islam untuk menyelesaikan konflik sosial dalam kalangan mereka.
Secara keseluruhannya, konflik sosial merupakan masalah yang berlaku dalam kehidupan kita seharian. Hanya kita sebagai manusia menyedari atau tidak akan kewujudan konflik dalam kalangan kita terutamanya guru-guru pendidikan Islam.

























BAB III
METODOLOGI KAJIAN


3.0 Pendahuluan

kajian ini dibuat untuk meninjau kaedah penyelesaian konflik sosial yang digunakan oleh guru pendidikan Islam. Selain itu, kajian ini juga bertujuan untuk mengenalpasti jenis-jenis konflik sosial yang dihadapi oleh mereka disamping melihat sama ada terdapat hubungan antara penyelesaian konflik sosial yang digunakan dengan kepuasan kerja dikalangan guru pendidikan Islam. Kajian ini merupakan tinjauan (survey) untuk mendapat maklum balas dari responden.


3.1 Reka Bentuk Kajian

Kajian ini dijalankan secara survey yang menggunakan soal selidik bagi mengumpulkan data. Ia melibatkan pengumpulan data daripada satu kumpulan besar berkenaan topik kajian. Dari pada survey, pengkaji mengumpul kembali borang soal selidik selepas kesemua responden iaitu 21 orang menjawab soal selidik tersebut dalam masa yang telah ditetapkan.


3.2 Populasi dan Sampel

Kajian ini melibatkan guru-guru pendidikan Islam disebuah daerah di Aceh, Indonesia. Kaedah persampelan bertujuan (purposive sampling) digunakan oleh pengkaji untuk memilih sampel yang terdiri daripada guru pendidikan Islam yang mempunyai opsyen pendidikan Islam semasa mengikuti kursus perguruan sama ada yang mengajar mata pelajaran pendidikan Islam, syariah Islamiyah, tasawwur Islam atau mata pelajaran lain. Sampel yang dipilih terdiri daripada guru-guru pendidikan Islam dalam sebuah daerah sahaja. Bilangan responden yang terpilih adalah seramai 21 (N=21) dalam kalangan guru pendidikan Islam daripada keseluruhan guru pendidikan Islam dalam daerah yang telah dipilih oleh pengkaji.
3.3 Lokasi Kajian

Kajian ini dijalankan di daerah Banda Aceh, Aceh, Indonesia. Daerah ini merupakan Bandar sultan Iskandar Muda dan ibu kota kepada provinsi Aceh. Jumlah penduduk di Kota Banda Aceh dari data terbaru yang didapat daripada Badan Pusat Statistik adalah seramai 264.091 jiwa (BPS Kota Banda Aceh). Dengan luas wilayah Kota Banda Aceh 61.36 kilometer persegi maka rata-rata tingkat kepadatan penduduk Kota Banda Aceh adalah seramai 3.654 jiwa per kilo meter persegi. Daerah ini terdapat 70 buah sekolah menengah dan 110 buah sekolah rendah negeri (kebangsaan). Banda Aceh juga merupakan sebuah Bandar raya yang pesat membangun dan banyak kemudahan yang mudah diperolehi di Bandar ini. Di daerah ini juga terdapat institut pengajian tinggi agama dan awam seperti IAIN ar-Raniry, University Siyah Kuala, University Serambi Mekkah, University Muhammadiyah, University Pante Kulu, al-Wasliyah, Abul Yatama, Poli Tehnik dan banyak lagi.


3.4 Instrumen Kajian

Kajian ini menggunakan instrument soal selidik yang dibina sendiri oleh pengkaji bagi mendapatkan maklumat.
Soal selidik ini mengandungi tiga bahagian, iaitu bahagian A: demografi guru pendidikan Islam. Bahagian B: faktor-faktor yang menyebabkan konflik sosial yang dihadapi oleh guru pendidikan Islam mengandungi 30 item yang mengkehendaki responden sama ada sangat tidak setuju, tidak setuju, setuju atau sangat setuju. Skor yang diberikan adalah berdasarkan skala likert 4 mata (skor) iaitu:
-       1 (Sangat tidak setuju)
-       2 (tidak setuju)
-       3 (setuju)
-       4 (sangat setuju)
Bahagian C: kaedah-kaedah penyelesaian konflik sosial yang digunakan oleh guru pendidikan Islam mengandungi 20 item soalan juga menggunakan skala likert 4 mata (skor). Bahagian ini juga mengkehendaki responden menjawab sama ada:
-       1 (Sangat tidak setuju)
-       2 (tidak setuju)
-       3 (setuju)
-       4 (sangat setuju)


3.5 Prosedur Kajian

Sebelum menjalankan kajian, pengkaji telah mengikut prosedur yang telah ditetapkan bermula dari awal sehingga sempurna kajian ini. Bagi proses pengumpulan data, pengkaji melakukan hal-hal berikut:
1.    Membina soal selidik
2.    Memohon kebenaran daripada pihak jawatan penyelidikan Aceh, jabatan pendidikan negeri, pejabat pendidikan daerah dan pentadbir sekolah yang terlibat.
3.    Mengedarkan soal selidik kepada guru-guru pendidikan Islam
4.    Menganalisis data menggunakan perisian SPSS versi 19.0
5.    Menyediakan laporan kajian


3.6 Kajian Rintis

Bagi mendapatkan kesalahan soalan kajian, pengkaji telah merujuk kepada penyelia kajian dan beberapa orang pakar yang berkenaan. Berdasarkan pandangan mereka soal selidik tersebut telah diubah suai mengikut kesesuaian soalan kajian. Pengkaji juga telah melaksanakan kajian rintis bagi menilai keboleh percayaan instrument kajian. Ia telah melibatkan 20 orang responden. Dapatan kajian telah dianasis menggunakan perisian SPSS versi 19.0 melalui analisis Cronbach Alpha dan keboleh percayaanya.


3.7 Analisis Data

Dapatan yang diperolehi telah dianalisi menggunakan statistik deskriptif yang merangkumi jumlah, kekerapan (frekuensi), peratus dan purata untuk memerihalkan demografi responden, jenis-jenis konflik sosial yang dihadapi dan kaedah-kaedah penyelesaian konflik sosial yang digunakan oleh guru pendidikan Islam. Manakala analisis Crosstab telah digunakan bagi menjawab persoalan adakah terdapat perbezaan yang signifikan antara penyelesaian konflik sosial guru pendidikan Islam sekolah rendah dengan guru pendidikan Islam sekolah menengah. Analisis hanya melihat kepada perbezaan keputusan Khi Kuasa Dua (Pearson Chi Square).
Soal selidik yang dikumpul dianalisis menggunakan perisian SPSS versi 19.0 bagi menghuraikan data dan data tersebut dipaparkan dalam bentuk jadual.


























BAB IV
DAPATAN KAJIAN


4.0 Pendahuluan

Dalam bab ini, pengkaji akan membentangkan hasil analisis data tentang faktor-faktor konflik sosial dalam kalangan guru pendidikan Islam dan cara-cara mengatasinya. Bahagian A soal selidik adalah berkaitan aspek demografi responden, bahagian B pula berkaitan faktor-faktor berlakunya konflik sosial dalam kalangan guru pendidikan Islam dan bahagian C pula berkaitan dengan cara-cara penyelesaian konflik sosial dalam kalangan guru pendidikan Islam.


4.1 Latar Belakang Responden

Responden terdiri dari guru pendidikan Islam termasuk guru yang sertifikasi, guru sandaran tidak terlatih (GSTT), guru sandaran terlatih (GST), guru tetap, guru kontrak dan lain-lain. Jumlah responden yang dipilih adalah seramai 21 orang (N=21). Analisis telah dibuat berdasarkan latar belakang responden iaitu jantina, umur, status perkahwinan, tugas yang disandang, pilihan kerjaya sebagai guru, bilangan guru pendidikan Islam di sekolah, jumlah waktu mengajar seminggu, jenis sekolah, pengetua dan lokasi tempat mereka mengajar. Responden yang dipilih telah diminta untuk menjawab soalan kaji selidik bagi memperoleh data yang dikehendaki.









4.1.1 Bilangan Responden Mengikut Jantina
Jadual 4.1: bilangan guru pendidikan Islam mengikut jantina.
Jantina
Bilangan
Peratus
Lelaki
11
52.4%
Perempuan
10
47.6%
Jumlah
21
100%

Bedasarkan jadual 4.1, bilangan responden lelaki adalah seramai 11 orang dan responden perempuan seramai 10 orang dan jumlah responden lelaki lebih ramai berbanding dengan responden perempuan. Hal ini menunjukkan bahawa bilangan guru pendidikan Islam lelak lebih ramai daripada guru pendidikan Islam perempuan.

4.1.2 Umur Responden
Jadual 4.2: umur
Umur
Bilangan
Peratus
20-30 tahun
14
66.7%
31-40 tahun
5
23.8%
41 tahun ke atas
2
9.5%
Jumlah
21
100%

Jadual 4.2 menunjukkan bilangan responden berdasarkan umur. Majoriti guru pendidikan Islam yang berumur 25-30 tahun iaitu 14 orang berbanding dengan guru pendidikan Islam yang berusia 36-40 tahun (2 orang), 20-24 tahun (6 orang), 31-35 tahun (3 orang) dan 41 tahun ke atas (2 orang). Berdasarkan keputusan yang ditunjukkan dalam jadual diatas, dapat disimpulkan bahawa kumpulan responden yang berumur 25-30 lebih ramai berbanding dengan umur responden yang lain.







4.1.3 Status Perkahwinan
Jadual 4.3: status perkahwinan
Status
Bilangan
Peratus
Bujang
12
57.1%
Berkahwin
7
33.3%
Duda/ janda
1
4.8%
Jumlah
21
100%

Jadual 4.3 menunjukkan majoriti guru pendidikan Islam yang dipilih bujang iaitu seramai 12 orang. Selebihnya 7 orang sudah berkahwin dan 1 adalah duda/ janda. Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa guru pendidikan Islam yang belum berkahwin lebih ramai dari pada responden yang sudah berkahwin.

4.1.4 Taraf Jawatan
Jadual 4.4: taraf jawatan yang disandang
Jawatan
Bilangan
Peratus
GSTT
4
19.0%
GST
6
28.6%
Kontrak
6
28.6%
Tetap
4
19.0%
Lain-lain
1
4.8%
Jumlah
21
100%

Jadual 4.4 menunjukkan seramai 4 orang (19.0 peratus) responden adalah terdiri dari guru sandaran tidak terlatih (GSTT) dan 6 orang responden (28.6 peratus) yang berjawatan guru sandaran terlatih (GST). Manakala selebihnya adalah guru tetap (4 orang) dan lain-lain seramai 1 orang (4.8 peratus). Hal ini membuktikan bahawa bilangan responden GST dan kontrak lebih ramai dari pada GSTT dan lain-lain.





4.1.5 Tahap Pendidikan
Jadual 4.5: tahap pendidikan
Tahan pendidikan
Bilangan
Peratus
Diploma pendidikan
6
28.6%
Ijazah
6
28.6%
Ijazah dan diploma
6
28.6%
Sarjana
3
14.3%
Jumlah
21
100%

Berdasarkan pada jadual 4.5 didapati bahawa kebanyakan responden yang dipilih mempunyai purata kelulusan ijazah sarjana muda iaitu seramai 6 orang (28.6 peratus), diploma pendidikan seramai 6 orang dan ijazah dan diploma juga seramai 6 orang. Manakala yang paling sedikit responden yang mempunyai ijazah sarjana iaitu seramai 3 orang. Berdasarkan kepada jumlah yang dipaparkan dalam jadual diatas, jelas menunjukkan bahawa responden yang hanya berkelulusan ijazah sarjana yang sedikit jumlahnya daripada responden yang mempunyai kelulusan ijazah dan diploma dan lainya.

4.1.6 Jenis Sekolah
Jadual 4.6: jenis sekolah
Jenis sekolah
Bilangan
Peratus
Rendah
13
61.9%
Menengah
8
38.1%
Jumlah
21
100%

Jadual 4.6 menunjukkan bahawa responden yang mengajar di sekolah rendah lebih ramai iaitu 13 orang (61.9 peratus) daripada guru pendidikan Islam yang mengajar di sekolah menengah iaitu 8 orang (38.1 peratus). Dapatan kajian menunjukkan jumlah responden guru sekolah rendah lebih ramai daripada responden sekolah menengah.




4.1.7 Pengalaman Mengajar
Jadual 4.7 pengalaman mengajar
Pengalaman
Bilangan
Peratus
1 tahun atau kurang
3
14.3%
2-4 tahun
10
47.6%
5-7 tahun
5
23.8%
8-10 tahun
2
9.5%
10 tahun dan lebih
1
4.8%
Jumlah
21
100%

Berdasarkan jadual 4.7 yang melihat kepada aspek pengalaman mengajar guru pendidikan Islam, jumlah guru yang mengajar selama 2-4 tahun lebih ramai iaitu 10 orang berbanding yang lain adalah 5-7 tahun (5 orang), 1 tahun atau kurang (3 orang) dan lebih 10 tahun (1 orang). Hasil kajian menunjukkan bahawa kumpulan responden yang mengajar 2-4 tahun lebih ramai daripada kupulan responden yang lain.

4.1.8 Pengetua Sekolah
Jadual 4.8 jantina pengetua sekoah
Jantina
Bilangan
Peratus
Lelaki
11
52.4%
Perempuan
10
47.6%
Jumlah
21
100%

Jadual 4.8 menunjukkan pengetua sekolah tempat responden mengajar adalah lelaki seramai 11 orang (52.4 peratus) dan hanya 10 orang sahaja pengetua perempuan. Dapatan kajian menunjukkan kebanyakan responden mempunyai pengetua atau guru besar lelaki di sekolah mereka.





4.1.9 Tempat Mengajar
Jadual 4.9: tempat mengajar
Lokasi
Bilangan
Peratus
Bandar
6
28.6%
Pinggir Bandar
8
38.1%
Luar Bandar
7
33.3%
Jumlah
21
100%

Jadual 4.9 menunjukkan responden yang mengajar di pinggir Bandar seramai 8 orang dan selebihnya mengajar di Bandar 6 orang manakla 7 orang mengajar di luar Bandar. Kajian ini membuktikan bahawa kebanyakan responden mengajar di pingir Bandar daripada Bandar dan luar Bandar.

4.1.10 Tugas Yang Disandang di Sekolah
Jadual 4.10: tugas yang disandang responden di sekolah
Tugas
Bilangan
Peratus
GPK
1
4.8%
Penyelaras kurikulum
2
9.5%
Ketua penitia
4
19.0%
Guru disiplin
11
52.4%
Guru data
3
14.3%
Jumlah
21
100%


Serami 11 orang guru PI menyandang jawatan sebagai guru disiplin di sekolah seperti yang ditunjukkan dalam jadual 4.10. Manakala 4 memegang jawatan ketua penitia dan selebihnya seramai 2 orang sebagai penyelaras kurikulum, 1 orang sebagai guru penolong kanan dan 3 orang guru data. Hasil kajian menunjukkan bahawa responden yang dipilih adalah guru-guru yang menjawat jawatan guru disiplin daripada jawatan lain.



4.1.11 Sebab Memilih Profesional Perguruan
Jadual 4.11: sebab memilih profesional perguruan
Sebab memilih guru
Bilangan
Peratus
Diri sendiri
8
38.1%
Dorongan keluarga
5
23.8%
Dorongan rakan
3
14.3%
Tiada pilihan kerjaya
5
23.8%
Jumlah
21
100%

Jadual 4.11 menunjukkan 8 guru pendidikan Islam memilih professional keguruan atas faktor diri sendiri dan 5 orang dorongan keluarga, 3 orang dorongan rakan dan 5 orang tiada pilihan kerjaya. Dapatan kajian membuktikan bahawa kebanyakan responden memilih guru sebagai professional utama adalah dengan kehendak sendiri.

4.1.12 Bilangan Guru Pendidikan Islam di Sekolah
Jadual 4.12: bilangan guru pendidikan Islam di sekolah
Bilangan GPI
Bilangan
Peratus
1 orang
6
28.6%
2-4 orang
7
33.3%
5-7 orang
6
28.6%
8-10 orang
1
4.8%
Lebih 10 orang
1
4.8%
Jumlah
21
100%

Bilangan guru pendidikan Islam dalam jadual 4.12 menunjukkan seramai 7 orang mempunyai rakan sejawat antara 2-4 orang guru dan 6 orang 1 dan 5-7 orang guru. Sementara itu, seramai 1 orang (lebih 10 orang guru PI), 8-10 orang (1 orang) rakan sejawat. Hasil kajian mendapati bahawa kebanyakan responden mempunyai rakan sealiran antara 2-4 orang disekolah mereka mengajar.



4.1.13 Beban Pengajaran Mingguan
Jadual 4.13: beban pengajaran mingguan
Jumlah waktu
Bilangan
Peratus
20 waktu atau kurang
6
28.6%
21-24 waktu
5
23.8%
25-27 waktu
8
38.1%
28-30 waktu
2
9.5%
Jumlah
21
100%

Jadual 4.13 mengambarkan 8 orang guru PI mempunyai waktu mengajar 25-27 seminggu. Selebihnya, 6 orang 20 waktu atau kurang, 5 orang mengajar antara 21-24 waktu dan 2 orang mengajar antara 28-30 waktu dalam seminggu. Dapatan ini membuktikan kebanyakan responden mengajar antara 20 waktu atau kurang dan 21-24 waktu seminggu.


4.2 Faktor Konflik Sosial

Bahagian ini penkaji akan cuba menjawab persoalan kajian “apakah faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya konflik sosial dalam guru pendidikan Islam’. Bagi mengenal pasti faktor yang berlakunya konflik sosial dalam kalangan guru pendidikan Islam sebagai faktor yang dominan, pengkaji telah menganalisis maklum balas responden terhadap item-item yang dikemukakan dalam soalan kajian.










4.2.1 Faktor Komunikasi
Jadual 4.14: respon mengenai faktor komunikasi dalam kalangan guru PI
Item
Pernyataan
skala
1
STS
2
TS
3
S
4
SS
Min
SP
1
Saya suka memberi pandangan ketika musyawarat atau berbincang
3
(14.3%)
5
(23.8%)
7
(33.3%)
6
(28.6%)
2.76
1.044
2
Saya sering membantah cadangan atau idea orang lain
5
(23.8%)
7
(33.3%)
8
(38.1%)
1
(4.8%)
2.10
.768
11
Saya tidak suka berbincang dan bermusyawarat
9
(42.9%)
9
(42.9%)
3
(14.3%)
0
(0%)
1.71
.717
22
Saya tidak pandai berkomunikasi dengan baik
5
(23.8%)
10
(47.6%)
4
(19.0%)
2
(9.5%)
2.14
.910
27
Saya lebih suka berbincang dengan rakan secara tidak formal
3
(14.3%)
4
(19.0%)
9
(42.9%)
5
(23.8%)
2.76
.995
28
Saya tidak suka berbincang dengan rakan yang lebih rendah pendidikannya dari pada saya
8
(38.1%)
4
(19.0%)
7
(33.3%)
2
(9.5%)
2.14
1.062

Jumlah Purata




2.29
.468

Jadual 4.14 menjelaskan bahawa dalam faktor komunikasi terdapat dua aspek yang menyebabkan konflik sosial berlaku dalam kalangan guru pendidikan Islam. Dalam analisis yang ditunjukkan pada jadual 4.14 terdapat beberapa item yang mempunyai jumlah min purata yang tinggi iaitu 2.29., dan hanya satu item yang mempunyai min 1.71 iaitu item 11 yang soalan kajiannya adalah Saya tidak suka berbincang dan bermusyawarat, dengan jumlah responden yang sangat tidak setuju dan tidak setuju adalah seramai 18 orang.
Daripada dapatan kajian tersebut disimpulkan bahawa daripada faktor komunikasi, konflik guru pendidikan Islam timbul dikeranakan oleh beberapa sebab iaitu suka memberi pandangan ketika musyawarat atau berbincang, sering membantah cadangan atau idea orang lain, tidak pandai berkomunikasi dengan baik, suka berbincang dengan rakan secara tidak formal dan tidak suka berbincang dengan rakan yang lebih rendah pendidikannya. Perbincangan yang diadakan secara tidak formal biasanya untuk membicarakan perkara-perkara kecil sahaja. Oleh itu, apabila guru-guru pendidikan Islam mengadakan perbincangan secara tidak formal dalam perkara-perkara pokok, maka konflik mudah berlaku kerana timbul rasa tidak puas hati dalam kalangan ahli terhadap keputusan yang diambil dalam perbincangan tersebut. Membantah idea-idea atau cadangan orang lain juga dapat menyebabkan konflik.

4.2.2 Faktor Sikap
Sikap juga boleh menjadi punca timbulnya konflik sosial dalam kalangan guru pendidikan Islam. Hal ini dapat kita lihat dalam jadual 4.15 berdasarkan kepada item soalan, min item yang tertinggi adalah 2.71 dan yang paling rendah adalah 1.95.

Jadual 4.15: faktor sikap
Item
Pernyataan
Skala
1
STS
2
TS
3
S
4
SS
Min
Sp
3
Saya tidak suka diarah oleh sesiapa
5
(23.8%)
9
(42.9%)
7
(33.3%)
0
(0%)
2.10
.768
4
Saya hanya mendiamkan diri jika saya tidak bersetuju
2
(9.5%)
10
(47.6%)
6
(28.6%)
3
(14.3%)
2.48
.873
8
Saya lebih suka memberi arahan dari pada membimbing rakan
3
(14.3%)
7
(33.3%)
9
(42.9%)
2
(9.5%)
2.48
.873
9
Saya suka menangguhkan kerja-kerja yang diamanahkan kepada saya
4
(19.0%)
8
(38.1%)
7
(33.3%)
2
(9.5%)
2.33
.913
16
Saya sukar menyesuaikan diri di tempat kerja
6
(28.6%)
9
(42.9%)
5
(23.8%)
1
(4.8%)
2.05
.865
20
Saya suka memencilkan diri jika tidak dapatmengatasi masalah
8
(38.1%)
5
(23.8%)
8
(38.1%)
0
(0%)
2.00
.894
23
Saya lebih suka menunggu rakan saya memulakan perkara
3
(14.3%)
8
(38.1%)
7
(33.3%)
3
(14.3%)
2.48
.928
24
Saya suka mendahului orang lain
4
(19.0%)
6
(28.6%)
9
(42.9%)
2
(9.2%)
2.43
.926
25
Saya lebih suka mementingkan diri sendiri daripada orang lain
6
(28.6%)
9
(42.9%)
5
(23.8%)
1
(4.8%)
2.05
.865
29
Saya lebih suka menyudahkan kerja seorang diri apabila saya mendapati rakan tidak mau memberikan kerja sama
1
(4.8%)
7
(33.3%)
10
(47.6%)
3
(14.3%)
2.71
.784
30
Saya sukar memberikan kerja sama dengan orang lain
9
(42.9%)
5
(23.8%)
6
(28.6%)
1
(4.8%)
1.95
.973

Jumlah Purata




2.28
.353
Berdasarakan kepada analisis maklum balas responden, didapati item soalan ke-29 seramai 13 orang responden bersetuju dan sangat setuju bahawa guru pendidikan Islam lebih suka menyudahkan kerja seoarang diri apabila mereka mendapati rakan mereka tidak mau memberikan kerja sama. Seterusnya diikuti dengan item soalan 4,8 dan 23 dengan skor min 2.48, item soalan 24 dengan skor min 2.43, item soalan 16, 25 dengan skor min 2.05 dan item soalan 20 dengan skor min 2.00. Manakala skor min yang paling rendah terdapat dalam item soalan 30 iaitu 1.95. Dapatan kajian ini juga mendapati bahawa 14 orang sangat tidak setuju dan tidak bersetuju dengan pernyataan ‘Saya sukar memberikan kerja sama dengan orang lain’ sebagai salah satu punca menimbulkan konflik dalam kalangan guru pendidikan Islam sebagai faktor sikap.

No comments:

Post a Comment