judul baru

Wednesday 14 December 2011

TAFSIR BILMAKTSUR

edit by: Arifin


TAFSIR BILMAKTSUR
Terjemahan Manuskrip Kitab al- Tafsir Warijaluhu
Karangan Fadzilatul Ust. al- Syekh Muhammad al- Fadzil Bin `Asyur
Tentang Tafsir Bilmaktsur


Oleh                : Ilyas Bin Ibrahim
No Matric        : IGB 110065
Fakulti             : Pengajian Islam
Jabatan                        : AQH
E-mail              : ilybasriah@yahoo.com
Halaman          : 14 - 21
No Hp             : 0163532729


            Dorongan untuk mencari berita yang akurat mengenai penafsiran  bilmaktsur sebenarnya sudah ada semenjak masa Rasulullah s.a.w, apalagi pada masa Shahabat setelah wafatnya Nabi s.a.w, yang mana hal itu sudah menjadi perkara utama diantara berita yang para Shahabat sama-sama mempelajarinya, seiring dengan wasiat Rasulullah s.a.w tentang penyampaian ilmu yang sudah mereka pahami kepada generasi stelah mereka, sebagaimana pesan beliau yang mulia dalam sabda-NYA;      
“Hendaklah yang hadir supaya dapat menyampaikannya kepada yang tidak hadir “, (kata-kata ini Beliau sampaikan dalam khutbah haji Wada`di padang `Arafah) dan Sabda-Nya juga:“Hafal dan sampaikanlah kepada generasi setelah kamu”, dan Sabda-Nya lagi:           “Allah akan mengindahkan seseorang yang mendengar ucapanku lalu ia memahminya kemudian ia menyampaikannya sesuai dengan apa yang ia fahami”.
            Maka pada saat memasuki abad ke dua Hijhriyah, semua perkara yang berkaitan dengan penafsiran al- Qur`an berada dalam genggaman semua orang secara umum, sama ada yang berhubungan dengan al-hadith ataupun sejarah para Nabi, yang tidak jauh kemungkinan akan adanya perbezaan dan percampuran, pemalsuan dan pembohongan, ataupun akan pula terjadi hal sebaliknya, kepastian dan kesungguhan (periwayatan secara tepat dan pasti), kebenaran dan penjagaan dengan baik (kehati-hatian). Maka oleh kerana itu, terbentuklah metode kritik(al-Naqd) yang akan menjadi tolak ukur dalam penilaian berita yang ada/datang secara umum, terbentuklah tingkatan para muhadditsin, sehingga dapat diketahui sesiapa diantara mereka yang tertuduh sebagai pemalsu dan bersifat  dzaif dalam periwayatan, akhirnya segala sesuatu yang berkaitan dengan Hadith Nabi s.a.w akan selalu terjaga dengan diperkuat antara satu dengan yang lainnya, dan ditolak sebahagian dengan sebahagian yang lainnya, penolakan terhadap hadith-hadith dza`if dan mungkar, dikeranakan ada hadith yang masyhur yang telah diriwayatkan oleh para ulama yang autantik(tsiqah) dan adil yang terkenal dengan keujuran dan keamanahannya.
Melalui metode kritik dan ketelitian itulah, lahirlah para generasi yang memiliki akal pikiran yang sangat cemerlang yang tangguh dan menjadi pahlawan dalam penyebaran agama yang haq sesuai dengan apa yang dibawakan oleh Rasulullah s.a.w; Para ahli dalam ilmu periwayatan (sama adasecara riwayah ataupun dirayah) dan ketelitian dalam pemberitaan (al- Zabt), dan pentashihan hadith-hadith, sehingga mereka menjadi rujukan dalam mencari kebenaran tentang penafsiran al- quran, yang mana mereka menjadi wasiat dan tujuan para pelajar, sekalipun mereka membutuhkan kepada pengorbanan dan kesusahan yang amat berat dalam menuntut ilmu.
Sebagaimana ketenaran para ahli hadith dengan kejujuran dan kematangan ilmu dalam keseluruhan hadith-hadith dan sejarah kehidupan para Nabi, seperti halnya para mujtahid dan ahli fiqih, sehingga mereka menjadi panduan sesuai dengan keahlian mereka, sama ada dalam perkara atsar maupun dalam perkara pandangan pendapat ijtihadnya, terdapat pula para ahli dalam bidang  kebenaran dalam penyampaian akhbar dan menjadi dalil sandaran terhadap atsar dari Rasulullah s.a.w, yang merupakan bahagian yang terpisah daripada hadith-hadith Rasulullah s.a.w, yang mempunyai kelebihan tersendiri yang berkaitan dengan pemahaman al- qur`an, iaitu bagian pengumpulan hadith-hadith yang berkenaan dengan penafsiran al-quran atau yang dinamakan dengan penafsiran bilmaktsur, yang mana tertumpu kepada dua katagori; iaitu, ilmu tentang sebab-sebab turunnya ayat-ayat  al-quran (asbab al- Nuzul) dan yang berkaitan dengan kesamaran dalam al-quran (mubhamaat al- Qur`an).
Syekh  al- Islam al- Imam al- Sayuthi telah merangkum para ahli dalam penafsiran al-quran dari kalangan para shahabat, sebagaimana perangkuman kepada para ahli mujtahid yang menjadi rujukan kepada mereka dalam berfatwa, seperti yang telah beliau sebutkan didalam “Kitab al- Itqan;” bahawasanya sahabat yang paling alim dalam tafsir dibandingkan dengan para sahabat yang lain ditinjau dari segi pengikraban mengenai makna al- Qur` secara keseluruhan diantara para sahabat yang lain yang semasa dengannya, iaitu para Khulafa` al- Rasyidin(Shahabat yang empat); Abu Bakr, Umar, Utsman dan `Ali, semoga Allah meridzai mereka semuanya. Kemudian `Abdullah bin Mas`ud, Zubair bin `Awam, Zaid bin Tsabit, `Ubay bin Ka`ab, Abu Musa al- Asy`ari dan `Abdullah Bin `Abbas, semoga Allah meridzai mereka semuanya.
            Disebabkan Sembilan orang sahabat yang pertama lebih dahulu meninggalkan dunia, sehingga tidak banyak dapat berinteraksi dengan generasi selanjutnya dikalangan para Tabi`in, maka membuat sahabat yang terakhir dan terkecil diantara para Shahabat yang sepuluh tersebut, iaitu Ibnu `Abbas; beliau merupakan seorang Shahabat yang paling menonjol dikalangan para genersi selanjutnya,  iaitu generasi para Tabi`in, sehingga beliau mendapat kedudukan yang tinggi di dalam menyampaikan keilmuannya kepada mereka, yang mana pada saat itu orang-orang tidak mendapatkan keraguan dan kegelisahan sedikitpun dalam masalah penafsiran al- Qur`an, sampai beliau dijuluki dengan “Tinta Ummah dan Penerjemah al- Qur`an” (hibr al-ummah wa turjuman al-qur`an). Keilmuan beliau sudah terakreditasi, buktinya; tidak ada seseorang sahabatpun atau lainnya yang hidup pada pertengahan abad pertama hijriah yang tidak menjadikan Ibn Abbas sebagai landasan dalam penafsiran al-Quran, dikeranakan kemampuan dan ilmu yang melimpah ruah tentang penafsiran al-qur`an.
            Adapun metode penafsiran al-Qur`an menurut Ibn Abbas, selain daripada dua unsur yang telah digunakan oleh para shahabat sebelumnya, iaitu ;mengetahui Asbab al-nuzul dan Kemubhaman al-Qur`an, beliau juga menambahkan metode lain, iaitu dengan menggunakan segi Bahasa dalam memahami sesebuah kata atau kalimat yang terkandung didalam al-quran, dengan berpandu kepada syair-syair jahiliah, apabila beliau ditanyakan sesuatu hal yang berkaitan dengan sesebuah kalimat, maka beliau sering mengulang-ngulangi jawabannya itu; “tidakkah kamu mendengar penyair fulan berkata!”. Lalu bliau membaca syair tersebut sebagaimana diriwayatkan oleh Ibn Saad dalam kitab al- Tabaqaat.
            Imam al- Tabari meriwayatkan bahawasanya Ibn Abbas berkata; apabila terasa ada sesuatu yang bersifat akjami didalam al- Qur`an, maka lihatlah penafsirannya didalam syair jahiliyah, karena syair itu bahasa Arab asli, kebanyakan penafsiran kepada sesebuah kalimat dengan menjelaskan bahawa kalimat itu berasal dari bahasa lain, lalu ia kembali kepada bahasa trsebut untuk menjelaskan kata-kata itu, hal-hal seperti ini banyak sangat terdapat didalam kitab Shahih al- Bukhari.
            Adapun metode lain yang Ibn Abbas tambahkan, sebagaimana yang diriwayatkan darinya melalui referensi yang terpercaya yang berkaitang dengan penafsiran al- Qur`an ialah; item pemberitaan(sejarah) yang belum teriwayatkan(tidak terdapat Hadith)daripada Rasulullah s.a.w menyangkut dengan penjelasan kepada Mubhamat al- Qur`an. Itu diketahui dengan cara merujuk kepada landasan yang muktabar yang ada pada masa itu, baik melalui sejarah secara umum maupun melalui cerita-cerita para ummat terdahulu(cerita israiliyaat), khususnya ummat yahudi dan kristiani.
            Secara dzahir, kedua unsur tersbut, sekalipun terdapat didalam sebahagian pendapat ibn Abbas ada yang tidak sah untuk dianggab sebagai penafsiran bilmaktsur, kerana berlandaskan pemikiran(pemahaman) dan pengetahuan secara umum yang dapat menimbulkan perbezaan perspektif seseorang sesuai dengan pemahamanya masing-masing tergantung kepada cara ia memahaminya yang bertolak belakang dengan apa yang diingikan oleh Ibn Abbas sendiri, berpegang kepada sesuatu dalil yang berbeza daripada apa yang dipedomani oleh Ibn Abbas, kecenderungan dalam pentakhrijan kepada sesebuah pengaturan peribahasa yang berbeda dengan Ibn Abbas, atau kontroversi juga akan terjadi pada seseorang yang mempunyai pengetahuan tentang latar belakang kitab-kitab samawi yang terdahulu yang berbeza dengan pengetahuan Ibn Abbas, maka dari situlah mulai timbul perbezaan-perbezaan dalam bentuk yang bermacam ragam terhadap penafsiran bilmaktsur, yang timbul dari perbezaan pemahaman, perbezaan kemampuan dan perbezaan hasil ijtihad dalam memberikan makna kepada sesebuah kalimat sesuai dengan kapasitas keilmuan seseorang, sama ada dalam pemahaman bahasa ataupun pengetahuan tentang sesebuah sejarah yang belum terdapat didalam al- Sunnah al- Nabawiyah.
            Sebagaimana dalam penafsiran Ibn Abbas sendiri sudah terdapat perbezaan diantara yang maktsur dengan yang bukan maktsur, maka hal yang sama juga terdapat pada sahabat yang lain yang mempunyai kalebihan khusus dalam penafsiran al- Qur`an, mereka saling berbeza antara yang berdomisili di Madinah, Kuffah, Basrah dan Syam, yang mana setiap individu/ kelompok diantara mereka saling menetap ditempat kediaman mereka masing-masing, sebagaimana Ibn Abbas telah menetap di Makkah. Tetapi periwayatan melalui Ibn Abbas lebih meluas dibandingkan dengan yang lainnya, dikeranakan kelebihan-kelebihan yang dimiliki oleh Ibn Abbas itu sendiri, sebagaimana yang telah kita senaraikan diatas.
            Di Makkah; Ibn Abbas telah membentuk dan melahirkan para Tabiin yang meriwayatkan secara khusus tentang tafsir seperti periwayatan Ibn Abbas, yang mana para ahli hadith melihat kepada mereka seperti mereka melihat kepada sesama mereka dalam periwayatan hadith dan periwayatan akhbar dengan pandangan yang berbeza. Sebagaimana dikalangan para sahabat Ibn Abbas sendiri terdapat orang-orang yang masyhur dengan kejujuran, autantik (tsiqah) dan terpercaya ,yang membuat para ahli hadith menjadikan mereka sebagai sandaran dalam pengambilan akbar, seperti: Mujaahid, Ikrimah, Thaaus, `Ataak bin Abi Rabaah dan Said bin Jubair, sehingga al- Imam al- Bukhari menjadikan mereka sebagai sandaran dalam periwayatan al- Hadith, sebagaimana yang telah beliau riwayatkan dalam sahihnya tentang tafsir yang disandarkan kepada Ibn Abbas. Maka terdapat pula diantara sahabat Ibn Abbas orang-orang yang ahli hadith sangat diwaspadainya terhadap apa yang telah mereka riwayatkan, seperti: Zahhaak, `Athiyyah bin Saad dan Suday seperti yang diriwayatkan darinya oleh Muhammad bin Saaib al- Kalbi, mereka berdua dikatagorikan kedalam golongan orang-orang yang zaif dalam meriwayatkan hadith, sehingga para ahli hadith memberikan komentar: “Sesungguhnya silsilah sanad(mata rantai) yang paling baik adalah melalui: Maalik dari Naafi` dari `Abdullah bin Umar”. Silsilah ini dinamakan dengan: ‘Silsilah Zahabiyah’ (Rantai Emas). Dan serendah-rendah silsilah adalah melalui: ‘al- Kalbi dari Suday dari Ibn Abbas’. Silsilah ini dinamakan dengan: ‘Silsilah al- Khazf (Rantai Rendah/Lemah).
            Namun demikian, semua itu bukan berarti kelemahan yang berpunca daripada Ibn Abbas, tetapi bersumber dari para perawi yang mengada-ngadakan atasnya,  sebagaimana terjadi perbezaan penilaian kepada para sahabat Ibn Abbas , terjadi pula terhadap pengikut para sahabat yang lain diantara sahabat-sahabat yang terkenal dengan periwayatan melalui mereka, sama ada dari kalangan ahli Hijaz, Irak dan Syam. Ini semua dikeranakan ketenaran Ibn Abbas dalam tafsir, seperti yang telah disenaraikan diatas. Maka memberi kesempatan kepada para Wazzaaiin(pemalsu) dan para penipu untuk mengada-ngadakan terhadap Ibn Abbas melalui sandaran-sandaran bohong kepadanya, namun Ibn Abbas sungguh terlepas darinya. Ini merupakan lazimnya perilaku para pendusta dipelbagai permasalahan yang terkenal didalam sesebuah perkara yang kita dapatkan kebohongan didalamnya, makanya kebanyakan apa yang disandarkan kepada Ibn Abbas lebih banyak yang diada-adakan daripada yang sebenarnya(sahih), sehingga para ulama hadith berkata, sebagaimana yang dikutip dari al- Imam al- Syafi`I; bahawasanya tidak terbukti periwayatan dari Ibn Abbas tentang tafsir kecuali hanya sekitar seratus hadith sahaja.
Oleh kerananya, haruslah dalam berpedoman kepada kitab-kitab yang musyhur –sebahagiannya telah dicetak- yang meliputi tentang tafsir yang kebanyakannya disandarkan kepada Ibn Abbas, menurut para ulama, itu bukanlah sebagai landasan yang akurat dalam tafsir, adapun tafsir yang akurat yang dinisbahkan kepada Ibn Abbas adalah apabila telah dilalui oleh kritik dan koreksi (tahqiq), maka memadalah dengan apa yang telah disebutkan dalam kitab yang akurat tentangnya, seperti Shahih al- Bukhari, Sahih al- Muslim dan kitab-kitab Sihhah yang lainnya(kutub al-sittah).
Mengingat banyaknya percampuran yang telah merasuki tafsir bilmaktsur, sama ada dari apa yang terdapat didalam periwayatan Ibn Abbas itu sendiri maupun dari para sahabat yang lain, maka para ulama hadith pada akhir abad pertama masih selalu mengawasi dan mengikuti reputasi hadith tersebut yang telah beredar dikalangan orang-orang awam, sebagaimana al- Imam al- Muslim berkomentar dalam sahihnya; hal itu, untuk menjelaskan mana yang termasuk kedalam katagori hadith sahih dan tidak/ cacat, kehati-hatian terhadap perawi yang autantik(tsiqah) dengan yang tercela. Maka terjadilah terhadap hadith-hadith yang pada pertengahan abad pertama diriwayatkan dengan cara syafahi (mulut ke mulut) terpaksa harus dilatar belakangi oleh kaedah pengkritikan yang berhubungan dengannya, sesuai dengan apa yang telah disenaraikan oleh para ahli kritik dari golongan para imam hadith.
Maka tatkala memasuki abad kedua, ilmu-ilmu islam telah mulai dibukukan, tumbuhlah seorang ulama ahli hadith yang autantik, iaitu; Abdul Malik bin Jaraih(w: 149H) yang mulai mengumpulkan semua hadith/ akhbar tersebut dalam sebuah buku, maka beliau merupakan orang yang pertama yang membukukan tentang tafsir. Ketsiqahannya itu disaksikan oleh Ibn Saad dan para ulama setelahnya dari ulama-ulama Rijal al- Hadith. Namun beliau tidak memilahnya, tetapi beliau nukilkan semua pendapat yang ada tentang tafsir al-Qur`an bersama illah-illahnya, sehingga setiap opini yang datang dilalui dengan ilmu Jarh dan Ta`dil, maka mulai saat itu mulailah ilmu tafsir dibukukan dalam buku-buku, sesuai dengan apa yang ada daripada percampuran antara yang sahih dan yang tercela, yang namun memungkinkan untuk dibedakan antara apa yang telah dinukilkan semenjak abad pertama.  maka untuk membezakan antara keduanya dengan apa yang telah diriwayatkan semenjak abad pertama, dibutuhkanlah kepada penelesuran dengan cara keritik(naqd) terhadap teks-teks yang ada didalam kitab-kitab tersebut dengan mengeluarkan melalui sanad-sanad yang benar dengan tidak mengesampingkan tiga item yang telah menjadi rujukan tafsir kepadanya, iaitu; latar belakang hadith (atsar),tata bahasa dan keilmuan(metode). Ketiga hal tersebut telah memberi bekas dalam mengkeritik hal-hal yang lain, inilah metode yang telah menjalar dalam kitab-kitab tafsir mulai pertengahan abad kedua hijriah.
Analisis dan Kesimpulan:
  1. Pembicaraan dan perbincangan tentang tafsir bilmaktsur telah terjadi sejak zaman Rasulullah s.a.w masih hidup.
  2. Diantara para sahabat yang paling berpengaruh dalam tafsir bilmaktsur adalah Abu Bakr al-siddiq, Umar bin Khattab, Usman bin Affan, Ali bin Abi Thalib, Abdullah bin Mas`ud, al-Zubair bin al-Awam, Zaid bin Tsaabit, Ubay bin Ka`ab, Abu musa al-Asy`ari dan Abdullah bin Abbas, namun dikeranakan Sembilan sahabat yang pertama lebih duluan meninggalkan dunia selain Ibn Abbas, maka Beliau menjadi orang yang paling terkenal dikalangan generasi berikutnya, iaitu generasi para Tabi`in, sampai beliau dijuluki dengan “Tinta Ummah atau Turjuman al-Qur`an” dikeranakan keilmuannya dalam memhmi al-Qu`an dengan berkat doa Rasulullah s.a.w.
  3. Terdapat penambahan metode yang digunakan oleh Ibn Abbas dengan para sahabat yang terdahulu, iaitu; asbab al-nuzul, mubham al-qur`an dan dengan penambahan dua item yang lain; dari segi bahasa dan akhbar ummat-ummat yang terdhulu, khususnya ahli kitab, iaitu yahudi dan nasrani.
  4. Sebagaimana terdapat percampuran antara tafsir bilmaktsur dengan yang bukan didalam tafsir Ibn Abbas, hal yang sama juga terdapat pada sahabat yang lain sesuai dengan tempat  mereka berdomisili.
  5. Dikeranakan penambahan metodelogi yang telah digunakan oleh Ibn Abbas, maka ulama tidak mengelompokkan hasil penafsiran dari  dua penambahan tersebut sebagai tafsir bilmaktsur, kerana itu berlandaskan dari hasil pemahaman dan pengetahuan secara umum yang akan menimbulkan perbezaan dalam pemahaman sesuai dengan tingkatan ilmu dan kemampuan.
  6. Sebagaimana ada diantara sahabat Ibn Abbas yang terkenal dengan kejujuran dan autantik dalam penukilan akhbar, seperti Mujahid, Ikrimah, Thawus, Atak bin Abi Rabah dan Said bin Jubair, maka ada juga diantara mereka yang harus diwaspadai, seperti Zahhak, Atiyyah bin Said dan Suday.
  7. Terjadi pemalsuan dan penipuan terhadap kesahihan sanad dalam penisbahan kepada Ibn Abbas sebagaimana terjadi terhadap ilmu-ilmu lain, khususnya al- Hadith. Sehingga para ulama hadith tidak menjadikan silsilah yang diriwayatkan oleh Muhammad bin Saib al-Kalbi dari Suday dari Ibn Abbas sebagai silsilah yang teratas atau yang disebut dengan “Rantai Emas”, akan tetapi yang menjadi rujukan mereka adalah silsilah yang diriwayatkan melalui Malik dari Nafik dari Ibn Umar. Ini semua disebabkan ketenaran dan kelebihan Ibn Abbas dalam tafsir al-Qur`an, sehingga membuat wazzain mengambil kesempatan untuk mengada-ngadakannya kepada beliau.
  8. Pembukuan ilmu-ilmu islam terjadi pada abad kedua Hijriah, maka dalam ilmu tafsir, yang pertama membukukannya adalah Abdul Malik bin Juraih (w149 H), dengan mengumpulkan semua pendapat yang berkenaan dengan tafsir semenjak abad pertama dengan tanpa menyaringnya, namun setelah beliau lalui dengan komentar beliau, sama ada Tajrih ataupun Ta`dil.
  9. Oleh kerana demikian, untuk memperoleh kesahihan berita diperlukan tanqih dan kritikan telbih dahulu dengan tidak mengesampingkan tiga metode yang telah menjadi rujukan dalam tafsir.
Wallahu Aklam Bissawab………………………………………………………………………
Mohon kritikan, saran dan arahan dari Prof atas segala kesalahan dan kekurangan dalam terjemahan ini, kerana keterbatasan ilmu saya dalam memahami bahasa Arab. Wallahu al-muwaffiq ila aqwami al- thariq.

Penterjemah;

Ilyas bin Ibrahim

No comments:

Post a Comment