By: Arifin Jamil
BAB
I
PENGENALAN
1.0 Pendahuluan
Konflik adalah
elemen semula jadi yang tidak dapat dipisahkan daripada kehidupan manusia.
Manusia merupakan makluk sosial yang unik dan mudah menerima kritikan. Manusia
juga sering terikat dengan ketidaksamaan dalam banyak perkara dan maklumat.
Konflik adalah suatu proses yang melibatkan individu untuk menyatakan dan
berunding tentang perbezaan masing-masing. Konflik boleh berlaku dimana-mana
sahaja, pada pelbagai peringkat dan suasana seperti rakan sekerja. Konflik juga
mengalakkan tindak balas dan keterlibatan semua pihak untuk membincangkan
isu-isu yang diketengahkan.
Konflik
dilatarbelakangi oleh perbezaan ciri-ciri yang dibawa individu dalam suatu interaksi. perbezaan-perbezaan
tersebut diantaranya adalah menyangkut ciri fizikal, kepandaian, pengetahuan,
adat istiadat, keyakinan, dan lain sebagainya. Dengan dibawasertanya ciri-ciri
individual dalam interaksi sosial, konflik merupakan situasi yang wajar dalam
setiap masyarakat dan tidak satu
masyarakat pun yang tidak pernah mengalami konflik antara anggotanya atau
dengan kelompok masyarakat lainnya, konflik hanya akan hilang bersamaan dengan
hilangnya masyarakat itu sendiri.
Menurut Mohd
Zambri Jaafar (2002), manusia sebenarnya akan cuba mengelakkan konflik dari
pada berlaku secara aktif. Sesiapa yang konflik biasanya tidak akan berkonpromi
dengan orang yang berkonflik dengannya. Ada juga manusia yang berkonflik akan
cuba meningkatkan konflik yang berlaku sehingga menyebabkan konflik yang pada
asalnya berpunca dari pada suatu isu yang kecil meningkat ketahap yang lebih
serius.
Kewujudan konflik sama ada
pada tahap terpendam ataupun tahap terbuka pasti meninggalkan kesan terhadap
pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Kebanyakan matlamat
organisasi sekolah tidak akan tercapai tanpa kerjasama semua anggota di
sekolah. Kejayaan dan keberkesanan penyelesaian sekolah bergantung kepada
keupayaan guru-guru dan mengurus sekolah untuk menggalakkan usaha kerjasama
menyelesaikan konflik di sekolah.
Secara
sosiologis, konflik diertikan sebagai suatu proses sosial antara dua orang atau
lebih (boleh juga kelompok) dimana salah satu pihak berusaha menyingkirkan
pihak lain dengan menghancurkannya atau membuatnya tidak berdaya. Konflik, dalam
kamus besar Bahasa Indonesia (2002) diertikan sebagai percekcokan,
perselisihan, dan pertentangan. Menurut Kartono & Gulo (1987), konflik
berarti ketidaksepakatan dalam satu pendapat, emosi dan tindakan dengan orang
lain. Keadaan mental merupakan hasil hasrat, keinginan-keinginan dan sebagainya
yang saling bertentangan, namun bekerja dalam saat yang bersamaan. Konflik
biasanya diberi pengertian sebagai satu bentuk perbezaan atau pertentangan ide,
pendapat, faham dan kepentingan di antara dua pihak atau lebih.
Konflik
juga dimaknai sebagai suatu proses yang mulai bila satu pihak merasakan bahawa
pihak lain telah mempengaruhi secara negatif, atau akan segera mempengaruhi
secara negatif, sesuatu yang diperhatikan oleh pihak pertama. Suatu
ketidakcocokan belum boleh dikatakan sebagai suatu konflik bilamana salah satu
pihak tidak memahami adanya ketidakcocokan tersebut (Robbin, 1996). Tidak satu
masyarakat pun yang tidak pernah mengalami konflik antar anggotanya atau dengan
kelompok masyarakat lainnya, konflik hanya akan hilang bersamaan dengan
hilangnya masyarakat itu sendiri.
1.1
Pernyataan Masalah
Menurut Abd Aziz
Yusof (2003) lagi, konflik sosial perlu wujud bagi membokehkan berlakunya
kepekaan dalam melaksanakan perubahan, membangun kecintaan kepada kreativiti
dan inovasi dan mengelak daripada terus berada dalam zon selesa. Hal ini kerana penyelesaian konflik yang baik
adalah satu keperluan bagi menghindari setiap anggota orgnisasi menjadi pasif,
statik, lesu dan tidak bersedia untuk bertindak segera atas perubahan
persekitaran yang akan mempengaruhi organisasi dari semasa ke semasa.
Oleh itu, penyelesaian konflik sosial itu amat penting kerana hal ini membolehkan
seseorang menggunakan kemahiran berfikir dan lebih kreatif disamping melahirkan
keyakinan yang tinggi dalam kalangan pihak yang berkonflik. Perkara ini juga
perlu diurus dengan baik bagi mengelakkan pertelagahan, pertengkaran dan
pergaduhan yang serius. Penyelesaian konflik juga akan mampu menguji kewibawaan
seseorang pengurus menghadapi perubahan situasi sosialnya agar mereka tidak
terus bersikap pasif, statik, lesu dan tidak bersedia untuk melakukan sesuatu
perubahan sama ada untuk dirinya atau persekitarannya.
Namun, Mohd Zambri Jaafar (2003) mendapati bahawa penyelesaian konflik
dianggap sebagai satu perkara yang remeh dan tidak penting oleh masyarakat kini
terutamanya dalam kalangan guru. Konflik pada dasarnya merupakan bagian dari kehidupan sosial,
kerana itu tidak ada masyarakat yang steril dari realitas konflik. Coser (1956)
menyatakan konflik dan konsensus, integrasi dan perpecahan adalah proses
fundamental yang walau dalam porsi dan campuran yang berbeza merupakan bagian
dari setiap sistem sosial yang dapat dimengerti (Poloma, 1994). Kerana konflik
merupakan bagian kehidupan sosial, maka dapat dikatakan konflik sosial
merupakan sebuah keniscayaan yang tidak dapat ditawar.
Malah ada
pihak yang berpendapat bahawa penyelesaian konflik terutamanya konflik sosial
sebagai suatu perkara atau tindakan yang remeh dan membiarkan konflik berlaku
berlalu ditelan masa. Ada juga yang menganggap konflik itu perkara yang kecil
dan mudah ditangani (Yeop Hussi Bidin, 2006).
Bilamana
terjadi konflik diantara temanmu atau dengan gurumu, bagaimana cara
penyelesaiannya. Apakah cara penyelesaian tersebut sesuai dengan teori yang
dikemukakan di atas. Konflik yang terjadi pada manusia bersumber pada berbagai macam
sebab. Begitu banyak sumber konflik yang terjadi antara manusia, sehingga sukar
itu untuk digambarkan secara jelas dan terperinci sumber dari konflik. Hal ini
dikeranakan sesuatu yang seharusnya boleh menjadi sumber konflik, tetapi pada
kelompok manusia tertentu ternyata tidak menjadi sumber konflik, demikian hal sebaliknya.
Kadang
sesuatu yang sifatnya sederhana boleh menjadi sumber konflik bagi kelompok
manusia. sumber konflik sebagaimana dikemukakan oleh beberapa ahli, dapat
ditegaskan bahawa sumber konflik dapat berasal dari dalam dan luar diri
individu. Dari dalam diri individu misalnya adanya perbezaan tujuan, nilai,
kebutuhan serta perasaan yang terlalu sensitif. Dari luar diri individu
misalnya adanya tekanan dari lingkungan, persaingan, serta langkanya sumber
daya yang ada.
Konflik
dilatarbelakangi oleh perbezaan ciri-ciri yang dibawa individu dalam suatu
interaksi. perbezaan-perbezaan tersebut diantaranya adalah menyangkut ciri fizikal,
kepandaian, pengetahuan, adat istiadat, keyakinan, dan lain sebagainya. Dengan
dibawa sertanya ciri-ciri individual dalam interaksi sosial, konflik merupakan
situasi yang wajar dalam setiap masyarakat dan tidak satu masyarakat pun yang
tidak pernah mengalami konflik antara anggotanya atau dengan kelompok
masyarakat lainnya, konflik hanya akan hilang bersamaan dengan hilangnya
masyarakat itu sendiri. Konflik timbul dalam berbagai situasi sosial, baik
terjadi dalam diri seseorang individu, antara individu, kelompok, organisasi
maupun antar negara.
Oleh itu,
kajian ini perlu dilaksanakan bagi mengenalpasti faktor-faktor yang menyebabkan
konflik dalam kalangan guru dan bagaimanakah konflik sosial datasi oleh
guru-guru pendidikan Islam. Kajian ini juga perlu dijalankan bagi mengenal
pasti sama ada terdapat perbezaan yang signifikan antara penyelesaian konflik sosial
guru pendidikan Islam sekolah rendah dengan guru pendidikan Islam sekolah
menengah.
1.2 Objektif Kajian
Kajian ini di
jalankan bagi:
1. Mengenal pasti faktor-faktor
yang menyebabkan konflik dalam kalangan guru pendidikan Islam
2. Mengetahui cara-cara penyelesaian
konflik sosial yang digunakan oleh guru pendidikan Islam
3. Mengetahui sama ada
terdapat perbezaan yang signifikan antara penyelesaian
konflik sosial guru pendidikan Islam sekolah rendah dengan guru pendidikan Islam
sekolah menengah.
1.3
Soalan Kajian
Sebanyak tiga soalan kajian dibina bagi
menjawab permasalahan, iaitu seperti berikut:
1. Apakah faktor-faktor
yang menyebabkan konflik sosial dalam kalangan guru pendidikan Islam.
2. Apakah cara-cara penyelesaian
konflik sosial yang digunakan oleh guru pendidikan Islam.
3. Adakah terdapat
perbezaan yang signifikan antara penyelesaian
konflik sosial guru pendidikan Islam sekolah rendah dengan guru pendidikan Islam
sekolah menengah.
1.4 Definisi Operasional
Resolusi,
dalam kamus besar bahasa Indonesia dijelaskan bahawa memiliki erti putusan atau
kebulatan pendapat berupa permintaan atau tuntutan yang ditetapkan oleh rapat
(musyawarat atau sidang); pernyataan tertulis, biasanya berupa tuntutan tentang
suatu hal (KBBI 2005).
Konflik, dalam kamus besar Bahasa Indonesia (2002) diertikan
sebagai percekcokan, perselisihan, dan pertentangan. Konflik sosial pula merujuk kepada permasalahan yang
berlaku antara ahli kumpulan (dalam kajian ini merujuk kepada guru-guru pendidikan
Islam) yang melibatkan perbezaan pendapat, perlakuan, komunikasi, bidang
tugasan atau percanggahan idea.
Guru pendidkan Islam pula yang merujuk kepada
guru-guru pendidikan Islam dan mengajar mata pelajaran pendidkan Islam termasuk
pendidikan syariah Islamiyah, pendidikan al-Quran dan al-Sunnah dan tasawur Islam
sama ada di sekolah rendah maupun di sekoah menengah. Mereka ini terdiri dari
guru yang bersertifikasi, guru terlatih dan guru tidak terlatih.
1.5 Kepentingan Kajian
Kajian ini diharapkan dapat membantu guru-guru
pendidian Islam dan pihak sekolah mengetahui kaedah penyelesaian koflik sosial
yang digunakan oleh guru-guru pendidikan Islam disamping mengenal pasti punca
atau jenis konflik sosial yang sering dihadapi oleh guru-guru pendidikan Islam.
Kajian ini juga dianggap penting bagi guru-guru untuk
mengenal pasti kesan-kesan konflik dalam melaksanakan tugas dan membantu
guru-guru menilai keberkesanan kaedah yang digunakan untuk menangani konflik
agar proses Pengajaran dan Pembelajaran dapat dilaksanakan dengan lancar dan
tidak mengganggu guru-guru dalam melaksanakan tugas sampingan meraka.
1.6 Limitasi Kajian
Kajian ini dijalankan di sekolah-sekolah rendah dan
menengah dalam sebuah daerah sahaja. Sampel-sampel yang dipilih terdiri dari
pada guru-guru pendidkan Islam, yang mempunyai obsyen pendidikan Islam semasa
mengikuti kursus peguruan, sama ada yang mengajar mata pelajaran pendidikan Islam,
syariah Islamiyah, tasawur Islam atau mata pelajaran lain. Kajian ini
dijalankan secara survey longitudinal.
Kajian ini menjurus kepada aspek konflik sosial yang
melihat kepada faktor-faktor komunikasi, orang ketiga, penampilan diri, sikap,
emosi dan rakan sekerja. Seterusnya kajian ini menilai cara penyelesaian
konflik sosial yang digunakan oleh guru-guru pendidikan Islam dari aspek syura,
rujukan, berserah dan tindakan sendiri. Akhir sekali, kajian ini juga melihat
perbezaan penyelesaian konflik sosial antara guru-guru pendidikan Islam sekolah
rendah dan guru-guru pendidikan Islam sekolah menengah.
BAB II
LITERATUR KAJIAN
2.0 Pendahuluan
Dalam bab ini pengkaji akan melihat kepada literatur
yang membincangkan penyelesaian konflik secara umum, penyelesaian konflik sosial,
faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya konflik dan cara-cara yang digunakan
bagi menangani dan menguruskan konflik sosial dalam berbagai aspek.
Menurut Indrawijaya (1986), dalam pengertian yang luas konflik
dapat dikatakan sebagai segala bentuk hubungan antara manusia yang bersifat
berlawanan. Konflik juga merupakan suatu interaksi yang berlawanan mencakup
tingkah laku lahiriah yang tampak jelas mulai dari bentuk perlawanan halus,
terkontrol, tersembunyi, tak langsung, sampai pada bentuk perlawanan terbuka (Clinton
dalam Soetopo dan Supriyanto, 2003). Konflik dapat dikatakan sebagai suatu
oposisi atau pertentangan pendapat antara orang-orang, kelompok-kelompok,
organisasi-organisasi yang disebabkan oleh adanya pelbagai macam perkembangan
dan perubahan dalam bidang manajemen, serta menimbulkan perbezaan pendapat,
keyakinan dan idea (Mulyasa, 2003).
Abd Aziz Yusof (2003), menyatakan bahawa konflik membawa
maksud pergeseran dan pertentangan diantara dua pihak akibat perbezaan nilai,
kehendak, pendirian dan perasaan dalam memenuhi keperluan dan matlamat. Hal ini
berlaku apabila wujud interaksi antara dua pihak atau lebih manusia dan wujud
pertentangan dan perbezaan pendapat atau objektif antara dua atau lebih pihak
yang terlibat tentang sesuatu perkara. Seseorang dikatakan terlibat konflik
dengan pihak lain jika sejumlah ketidaksepakatan muncul antara keduanya, dan
masing-masing menyadari adanya ketidaksepakatan itu. Jika hanya satu pihak yang
merasakan ketidak-setujuan, sedang yang lain tidak, maka belum boleh dikatakan
konflik antara dua pihak (Robbin,1996). Dengan kata lain, dua pihak harus
menyadari adanya masalah sebelum mereka berada di dalam konflik.
Menurut Fisher (dalam Saputro, 2003), menyatakan konflik boleh
terjadi kerana hubungan antara dua pihak atau lebih (individu atau kelompok)
yang memiliki atau merasa memiliki tujuan-tujuan yang tidak sejalan. Sedangkan
White & Bednar (1991) mendefinisikan konflik sebagai suatu interaksi antara
orang-orang atau kelompok yang saling bergantung merasakan adanya tujuan yang
saling bertentangan dan saling mengganggu satu sama lain dalam mencapai tujuan
itu.
2.1 Konflik Sosial
Manusia
sebagai makhluk sosial selalu berinteraksi dengan sesama manusia. Ketika
berinteraksi dengan sesama manusia, selalu diwarnai dua hal, yaitu konflik dan
kerjasama. Dengan demikian konflik merupakan bagian dari kehidupan manusia.
Konflik berasal dari kata kerja Latin configere yang berarti saling
memukul. Secara sosiologis, konflik diertikan sebagai suatu proses sosial
antara dua orang atau lebih (boleh juga kelompok) dimana salah satu pihak
berusaha menyingkirkan pihak lain dengan menghancurkannya atau membuatnya tidak
berdaya. Konflik, dalam kamus besar Bahasa Indonesia (2005) diertikan sebagai
percekcokan, perselisihan, dan pertentangan.
Istilah sosial itu sendiri sebenarnya merujuk kepada segala
yang berkaitan dengan masyarakat, perihal kemasyarakatan, kemasyarakatan, persahabatan,
pergaulan dan aktiviti masa lapang (Kamus Dewan edisi keempat, 2005). Konflik juga
sering berlaku di tempat kerja hingga patut dianggap normal disebabkan setiap
perhubungan melibatkan individu-individu yang memiliki pelbagai peribadi, idea,
matlamat, emosi dan lain-lain lagi (Abdullah Hassan & Ainon Mohd, 2007).
Menurut kedua pengkaji tersebut, konflik sosial dikatakan berpunca daripada
benda-benda, perkara-perkara, peristiwa-peristiwa ataupun individu-individu.
Menurut Kartono & Gulo (1987), konflik berarti ketidaksepakatan
dalam satu pendapat, emosi dan tindakan dengan orang lain. Konflik biasanya
diberi pengertian sebagai satu bentuk perbezaan atau pertentangan idea,
pendapat, fahaman dan kepentingan di antara dua pihak atau lebih. Pertentangan
ini boleh berbentuk pertentangan fizikal dan non-fizikal, yang pada umumnya
berkembang dari pertentangan non-fizikal menjadi benturan fizikal, yang boleh
berkadar tinggi dalam bentuk kekerasan, boleh juga berkadar rendah yang tidak
menggunakan kekerasan.
Konflik sosial boleh berlaku dalam kalangan guru atau sesiapa
sahaja apabila seseorang itu melakukan perbuatan-perbuatan yang salah ataupun
yang tidak boleh diterima oleh orang lain. Konflik sosial dalam kalangan guru
terutamanya guru pendidikan Islam boleh berlaku disebabkan oleh suasana sosial
di sekolah dan kualiti perhubungan yang wujud di sekolah tersebut. Suasana
kerja guru-guru seperti emosi yang pasif, tegang, riuh rendah dan sebagainya turut
memberikan kesan negatif kepada mereka sehingga menimbulkan konflik. Konflik sosial
juga boleh berlarutan apabila pihak yang berkonflik tidak dapat menyerlah
tugasan mereka hanya kerana mereka kurang upaya bertindak balas pada masalah
yang dihadapi secara efektif (Zamri Mohamad & Mohd Yahya Fadli Yusof,
2009).
Konflik sosial juga dipengaruhi oleh relasi psikologi yang
berlawanan, berkaitan dengan tujuan-tujuan yang tak boleh dipertemukan,
sikap-sikap emosional yang bermusuhan, dan struktur-struktur nilai yang berbeza.
Dengan demikian berarti, konflik yang menyentuh nilai-nilai inti akan dapat
mengubah struktur sosial sedangkan konflik yang mempertentangkan nilai-nilai
yang berada di daerah pinggiran tidak akan sampai menimbulkan perpecahan yang
dapat membahayakan struktur sosial.
Kesimpulannya, konflik sosial itu adalah kekusutan yang
dialami seseorang yang cuba melibatkan diri dalam proses sosialisasi dengan
masyarakat, rakan sekerja dan pentadbir. Konflik sosial merupakan aspek yang
menyebabkan seseorang itu tidak dapat mengganti masalah suasana yang dihadapi
secara efektif. Guru-guru terutamanya guru pendidikan Islam akan mudah
menghadapi konflik sosial apabila mereka tidak berusaha untuk bekerja sama
dengan rakan sekerja, menyatakan pendirian, bertindak secara progresif,
melakukan tingkah laku yang tidak disenangi oleh orang lain, mempertahankan
pendapat sendiri yang dianggap betul dan sifat ego yang kuat.
2.2 Faktor-Faktor Konflik
Sosial
Konflik
yang berlaku pada manusia berpunca pada pelbagai sebab. Kerana banyak sebab
punca konflik yang berlaku antara manusia, sehingga sukar untuk digambarkan
secara jelas dan terperinci punca dari konflik tersebut. Hal ini kerana sesuatu
yang sepatutnya boleh menjadi sumber konflik, tetapi pada kelompok manusia
tertentu ternyata tidak menjadi sumber konflik, demikian hal sebaliknya. Kadang
sesuatu yang sifatnya biasa boleh menjadi sumber konflik antara manusia. Konflik
juga dilatarbelakangi oleh perbezaan ciri-ciri yang dibawa individu dalam suatu
interaksi. perbezaan tersebut adalah merangkumi ciri fizikal, kepandaian,
pengetahuan, adat istiadat, keyakinan, dan sebagainya.
Menurut kajian yang dijalankan oleh Ahmad Fadli Yusof (2004),
konflik berpunca daripada sikap tidak bersetuju seseorang terhadap suatu
perkara yang dikemukakan oleh orang lain, percanggahan idea dan perselisihan
pendapat. Selain itu, konflik sosial juga boleh berlaku apabila wujudnya sifat
kebergantungan, curiga dan ada perasaan tidak percaya kpada orang lain, takut
kehilangan faedah dan keistimewaan. Dalam hal, ini konflik juga turut berlaku
apabila keperluan dan kehendak, sama ada yang nyata dan tersembunyi yang tidak
tercapai, masalah komunikasi, campur tangan orang ketiga dan sifat peribadi (Rahmat
Ismail, 2006).
Satu kajian lagi oleh Abdul Rahman Abdullah (2006) mendapati
bahawa konflik berpunca daripada perbezaan pandangan dan pendapat, serta sifat
individu yang cenderung kepada kepentingan sendiri berbanding orang lain. Fuad Sakdan
(2006) pula menambahkan beberapa faktor lain yang juga boleh menimbulkan
konflik sosial seperti biologis, psikologis, giografis, iklim dan alam semula
jadi, ruang, komunikasi, sumber yang terhad, lokasi, demografis, budaya,
ideologis dan sistim ekonomi.
2.2.1 Komunikasi
Komunikasi adalah suatu proses dimana seseorang atau beberapa orang,
kelompok, organisasi dan masyarakat menciptakan dan menggunakan informasi untuk perhubungan di dalam lingkungan
yang besar (Ruben Brent D & Lea P Stewart, 2006). Pada umumnya, komunikasi
dilakukan secara lisan atau verbal yang dapat difahami oleh kedua belah pihak. Apabila
tidak ada bahasa verbal yang dapat difahami oleh keduanya, komunikasi masih
dapat dilakukan dengan menggunakan gerak-geri badan, menunjukkan sikap
tertentu, misalnya tersenyum, menggeleng-kan kepala, mengangkat bahu. Cara
seperti ini disebut komunikasi nonverbal (Komala
& Lukiati, 2009).
Dengan kata lain, komunikasi berlangsung dua arah, iaitu dari
pengirim dan kepada penerima dan dari penerima kepada pengirim. Proses
melingkar ini menunjukkan bahawa komunikasi selalu berlangsung (Lukiati, 2009).
Para peserta komunikasi menurut model interaksional adalah orang-orang yang
mengembangkan potensi manusiawinya melalui interaksi sosial, tepatnya melalui
pengambilan peranan orang lain (Mulyana & Deddy, 2007). Oleh itu,
komunikasi merupakan interaksi sosial antara individu, sekurang-kurangnya dua
ejen berinteraksi yang berkongsi maklumat atau pendapat.
Komunikasi yang bermasalah akan menimbulkan konflik sosial
apabila aspek-aspek seperti budaya yang merangkumi sesebuah kumpulan berfikir
dan bertindak balas, menjalankan kehidupan seharian dan cara berkomunikasi
sukar ditafsir atau berbeza dengan cara seseorang. Disamping itu, status dan
tingkah laku juga manpu mewujudkan konflik apabila tiada keserasian antara individu.
Hal ini juga disebabkan oleh komunikasi antara individu dan diantara seseorang
dengan orang yang lain atau antara kelompok sangat tidak berkesan kerana ia
melibatkan unsur maklum balas serta berdasarkan lapangan yang tidak sama. Muhammad
Rizal Munawir dan Kamaruzzaman (2006) menyatakan bahawa komunikasi yang kurang
berkesan akan menimbulkan konflik apabila kurang persefahaman dalam kalam
kalangan ahli organisasi atau ahli sosial. Peyelewengan maklumat dan penyalah
tafsiran maklumat yang disampaikan turut menjadi punca komunikasi kurang
berkesan.
Konflik dapat dirasakan, diketahui, diekspresikan melalui
perilaku-perilaku komunikasi (Folger & Poole: 1984). Menurut Robbin (1996),
menyatakan bahawa konflik itu hal yang buruk, sesuatu yang negatif, merugikan,
dan harus dihindari. Konflik ini merupakan suatu hasil disfungsional akibat
komunikasi yang buruk, kurang kepercayaan dan kurang keterbukaan di antara sesama.
Jafar Muhammad (2007) menyatakan bahawa komunikasi yang lemah, perbezaan
semantik, gangguan dalam sistem komunikasi dan salah faham berkomunikasi boleh
menyebabkan konflik kerana cara komunikasi yang lemah akan menyebabkan maklumat
yang disampaikan lari daripada maksud sebenar dan penerimaan yang bebeza.
Kesimpulannya, komunikasi akan melahirkan konflik sekiranya
wujud perbezaan sematik dalam komunikasi yang digunakan seseorang itu
menyebabkan salah faham dan penyampian maklumat berlainan dengan maklumat yang
sebenar. Hal yang demikian turut terjadi apabila komunikasi semakin berkurang
hingga mewujudkan kemarahan pada seseorang dan akhirnya rasa percaya dan
keyakinan turut hilang. Komunikasi yang kurang berkesan juga menjadi pumca
konflik sosial terus berlaku. Perkara-perkara tersebut boleh mewujudkan konflik
kerana komunikasi merupakan suatu proses penyebaran maklumat daripada seseorang
kepada orang lain.
2.2.2 Perbezaan Kepentingan Individu
Perbezaan kepentingan
antara individu pula dapat menjadi punca konflik sosial, dimana manusia memiliki
perasaan, pendirian maupun latar belakang kebudayaan
yang berbeza. Oleh sebab itu, dalam waktu yang bersamaan, masing-masing orang
memiliki kepentingan yang berbeza-beza. Kadang-kadang orang dapat melakukan hal
yang sama, tetapi untuk tujuan yang berbeza-beza. Sebagai contoh, misalnya perbezaan
kepentingan dalam hal pemanfaatan hutan.
Para tokoh masyarakat menganggap
hutan sebagai kekayaan budaya yang menjadi bagian dari kebudayaan mereka
sehingga harus dijaga dan tidak boleh ditebang. Para petani menebang
pohon-pohon kerana dianggap sebagai penghalang bagi mereka untuk membuat kebun
atau ladang. Bagi para pengusaha
kayu, pohon-pohon ditebang dan kemudian kayunya diekspor guna mendapatkan wang
dan membuka pekerjaan. Sedangkan bagi pecinta lingkungan, hutan adalah bagian
dari lingkungan sehingga harus dilestarikan.
Di
sini jelas terlihat ada perbezaan kepentingan antara satu kelompok dengan
kelompok lainnya sehingga akan mendatangkan konflik sosial di masyarakat.
Konflik akibat perbezaan kepentingan ini dapat pula menyangkut bidang sosial, politik, ekonomi dan budaya. Begitu
pula dapat terjadi antara kelompok atau antara kelompok dengan individu, misalnya
konflik antara kelompok buruh dengan pengusaha yang terjadi kerana perbezaan
kepentingan di antara keduanya. Para buruh menginginkan upah yang memadai,
sedangkan pengusaha menginginkan pendapatan yang besar untuk dinikmati sendiri
dan memperbesar bidang serta volume usaha mereka.
Perbezaan
individu, yang meliputi perbezaan pendirian dan perasaan, kerana setiap manusia adalah individu yang unik.
Ertinya, setiap orang memiliki pendirian dan perasaan yang berbeza-beza satu
dengan lainnya. Perbezaan pendirian dan perasaan akan sesuatu hal atau
lingkungan yang nyata ini dapat menjadi faktor penyebab konflik sosial, sebab
dalam menjalani hubungan sosial, seseorang tidak selalu sejalan dengan
kelompoknya. Misalnya, ketika berlangsung pentas musik di lingkungan pemukiman,
tentu perasaan setiap warganya akan berbeza-beza. Ada yang merasa terganggu kerana
berisik, tetapi ada pula yang merasa terhibur.
Konflik sosial juga dilatarbelakangi oleh perbezaan
cirri-ciri yang dibawa indivi dalam suatu interaksi, perbezaa-perbezaan
tersebut diantaranya menyangkut cirri fizikal, kepandaian, adat istiadat,
keyakinan dan sebagainya.
Kesimpulannya, konflik merupakan dampak daripada kepentingan,
baik kepentingan individu yang dipimpin maupun pemimpin. Disadari atau tidak,
ketika bergabung dalam sebuah organisasi, setiap individu mempunyai kepentingan
tertentu yang ingin dicapai pada saat bergabung dengan organisasi. Disamping
bahawa ada kepintingan organisasi, iaitu visi yang harus sejalan dan selaras
dengan pemikiran individu yang bergabung dengan organisasi. Kepentingan
individu yang berbeza juga menjadi punca terjadinya konflik.
2.2.3 Perbezaan Personaliti dan Tingkah Laku Individu
Personaliti atau keperibadian merupakan sesuatu kualiti atau keadaan
yang terdapat atau sedia wujud di dalam seseorang individu untuk individu
tersebut menggelar dirinya sebagai seorang insan (Gordon Allport, 1961). Amriz
(2008) menambahkan bahawa personaliti ini merangkumi satu penyusunan diantara
faktor-faktor seperti biologi,
psikologi dan sosiologi. Untuk proses
sosialisasi berlaku, seseorang itu haruslah mempunyai personaliti.
Dalam
psikologi, personaliti ditakrifkan sebagai himpunan pola
emosi, pemikiran dan perlakuan yang unik untuk seseorang dan tekal dengan masa.
personaliti juga berkait rapat dengan tindak-tanduk seseorang seseorang yang
ingin menzahirkan ciri-ciri kawalan emosi dan pemikiran. Personaliti memainkan
peranan penting seseorang, daripada sudut pandangan luaran memainkan karakter
diri. Sehubungan itu, satu daripada penyelidikan menjelaskan rupa diri dapat
diukur dari dalam dan boleh dizahirkan pada luaran. Personaliti bermaksud pola
tingkah laku, pemikiran dan emosi stabil dan unik yang ditunjukkan oleh seseorang
(Ungku Norul Kamal Ungku Ahmad, et al, 2005). Personaliti akan berubah mengikut
masa dan tidak hanya terbentuk dari satu ciri tetapi ia adalah gabungan antara
beberapa ciri lain (Zanariah Martan, 2009).
Rahmat Ismail
(2006) menyatakan bahawa ciri-ciri personaliti, keperilakuan peribadi,
kesihatan dan stres juga menjadi punca berlakunya konflik sosial. Hal ini
kerana seseorang mengalammi perubahan yang mendadak dan berterusan. Selain itu,
menurut Rahmat, individu yang mempunyai personaliti yang bercita-cita tinggi.
Kesannya, bagi mencapai cita-cita yang diinginkan, maka individu tersebut akan
berusaha sedaya upaya untuk mendapatkan kuasa yang diingininya. Jadi, dalam
memenuhi keinginannya itu, mereka akan lebih mementingkan keperluan diri
sendiri tanpa mengira kepentingan pihak lain.
Kesimpulannya,
perbezaan personaliti dan tingkah laku boleh mengundang konflik kerana
personaliti seseorang itu boleh berubah-ubah mengikut keadaan, tempat dan masa.
Disamping itu, perbezaan personaliti juga dipengaruhi oleh faktor-faktor
persekitaran, keperilakuan peribadi, kesihatan dan stres. Selain itu,
personaliti dan tingkah laku individu berbeza dan mempunyai ciri-ciri yang
berlainan. Perbezaan tersebut menyebabkan konflik apabila setiap individu
berusaha menyesuaikan diri sendiri melebihi kepentingan orang lain.
2.2.4 Perubahan Nilai yang Cepat dan Mendadak Dalam
Masyarakat
Perubahan
nilai adalah sesuatu yang lazim dan wajar terjadi, tetapi jika perubahan itu
berlangsung cepat atau bahkan mendadak, perubahan tersebut dapat menimbulkan berlakunya
konflik sosial. Misalnya, pada masyarakat desa yang mengalami proses
industrialisasi yang mendadak akan mewujudkan konflik sosial sebab nilai-nilai
lama pada masyarakat tradisional yang biasanya bercorak pertanian secara cepat berubah
menjadi nilai-nilai masyarakat industri.
Nilai-nilai
yang berubah itu seperti nilai gotong-royong digantikan menjadi nilai kontrak
kerja dengan upah yang disesuaikan mengikut jenis pekerjaannya. Hubungan
kekerabatan berubah menjadi hubungan struktural yang disusun dalam organisasi formal perusahaan. Nilai-nilai kemasyarakatan
berubah menjadi individualis dan nilai-nilai tentang pemanfaatan waktu yang
cenderung tidak ketat berubah menjadi pembahagian waktu yang tegas seperti jadual
kerja dan istirehat dalam dunia industri. Perubahan-perubahan ini, jika terjadi
secara cepat atau mendadak, akan mewujudkan masalah proses-proses sosial di
dalam masyarakat, bahkan akan terjadi upaya penolakan terhadap semua bentuk
perubahan kerana dianggap mengganggu tatasusila kehidupan masyarakat yang sedia
ada.
2.2.5 Kepercayaan dan Kerja Sama Yang Rendah
Konflik juga wujud dikaitkan dengan perhubungan sesama
manusia adalah berpunca dari perkara-perkara seperti kurang rendahnya
kepercayaan dan kerja sama antara rakan sekerja. Kegagalan untuk berkongsi idea
dan perasaan akan menyebabkan wujudnya jurang antara ahli organisasi, terutama
guru pendidikan Islam. Seseorang akan cenderung untuk mentafsir tingkahlaku
atau perilaku orang lain dan ianya menyebabkan wujud banyak tanggapan negatif
sehingga menjejaskan sesuatu perhubungan. Perbezaan ini, apabila dua atau lebih
individu yang mempunyai sikap, kepercayaan dan kerja sama yang rendah akan
mewujudkan konflik. Hal ini, kerana kepercayaan dan kerja sama yang rendah
dapat mempengaruhi proses membuat penilaian terhadap yang lain.
Kesalahan dalam persefahaman, nilai diri dan perasaan orang
lain sehingga menyebabkan segala usaha atau kerjasama antara satu atau lebih
pihak menjadi terbatas dapat menjadi punca konflik sosial. Konflik juga dapat
menjadi pemangkin kepada seseorang itu untuk memikirkan punca sesuatu masalah
secara mendalam, menigkatkan motivasi untuk menyelesaikan masalah dan memahami
emosi serta tingkahlaku diri sendiri dan orang lain dalam mewujudkan perasaan
tanggungjawab kepada ahli lain dalam kelompok (Muhammad Ismail, 2005).
Kesimpulannya, kurangnya
kepercayaan terhadap rakan sekerja dan kerja sama yang rendah dalam kelompok
dapat menimbulkan konflik sosial.
2.3 Penyelesaian Konflik
Konflik
dapat berpengaruh positif atau negatif, dan selalu ada dalam kehidupan. Oleh
kerana itu, konflik hendaknya tidak serta merta harus ditiadakan. persoalannya,
bagaimana konflik itu boleh dimanajemen sedemikian rupa sehingga tidak
menimbulkan disintegrasi sosial. Pengelolaan konflik bererti mengusahakan agar
konflik berada pada level yang optimal. Jika konflik menjadi terlalu besar dan
mengarah pada akibat yang buruk, maka konflik harus diselesaikan. Di bahagian
lain, jika konflik berada pada level yang terlalu rendah, maka konflik harus
dibangkitkan (Riggio, 1990).
Berbeza lagi dengan yang dinyatakan oleh Soetopo (1999) bahawa
strategi pengurusan konflik merujuk pada suatu aktiviti yang dimaksudkan untuk menguruskan
konflik mulai dari perencanaan, evaluasi, dan pemecahan suatu konflik sehingga
menjadi sesuatu yang positif bagi perubahan dan pencapaian tujuan. Berdasarkan
beberapa pendapat tentang pengurusan konflik, dapat ditegaskan bahawa penyelesaian
konflik merupakan cara yang digunakan oleh individu dalam mengawal, mengarahkan
dan menyelesaikan konflik.
Secara
sosiologis, proses penyelesaian konflik sosial dapat berbentuk proses penyelesaian
sosial yang bersifat menggabungkan dan proses sosial yang menceraikan (Bangbang
Sugeng, 2005). Ia menambahkan proses sosial yang bersifat asosiatif diarahkan
pada terwujudnya nilai-nilai seperti keadilan sosial, cinta kasih, kerukunan,
solidaritas. Sebaliknya proses sosial yang bersifat dissosiatif mengarah pada
terciptanya nilai-nilai negatif atau asosial, seperti kebencian, permusuhan,
egoisme, kesombongan, pertentangan, perpecahan dan sebagainya. Jadi proses
sosial asosiatif dapat dikatakan proses positif. Proses sosial yang dissosiatif
disebut proses negatif. Sehubungan dengan hal ini, maka proses sosial yang
asosiatif dapat digunakan sebagai usaha menyelesaikan konflik.
Menurut
Ezhar Tamam (1999), penyelesaian konflik dari perspektif barat adalah dengan
membentuk sikap positif terhadap konflik kerana menganggap konflik mempunyai
manfaat yang nyata dan tersembunyi. Selain itu, konflik sosial boleh diurus
dengan mewujudkan ruang untuk berkomunikasi agar tidak mengharapkan orang lain
meramalkan pemikiran kita.
Ungku
Norul Kamal, et al (2005) mengemukakan kaedah peyelesaian konflik dengan cara
mewujudkan konflik berprogram iaitu menggalakkan perbezaan pendapat dengan
tidak melindungi perasaan pihak tertentu. Tujuannya adalah agar pihak yang berkonflik
dapat mempertahankan atau mengkritik sesuatu berdasarkan fakta yang relevan. Ia
juga berpendapat bahawa kaedah dialektik boleh digunakan untuk mengurus konflik
sosial. Hal ini, kerana kaedah ini bertujuan mewujudkan perdebatan yang sihat
berdasarkan pandangan yang berbeza untuk memahami sesuatu perkara atau cadangan
yang dikemukakan.
Hodge dan Anthony (1991), memberikan gambaran melalui
berbagai metode resolusi (penyelesaian) konflik, sebagai berikut; Pertama,
dengan metode penggunaan paksaan. Orang sering menggunakan kekuasaan dan sewenangnya
agar konflik dapat diredakan. Kedua, dengan metode penghalusan (smoothing). Pihak-pihak
yang berkonflik sekiranya saling memahami konflik dengan bahasa kasih sayang
untuk mewujudkan dan memulihkan hubungan kearah kedamaian. Ketiga, penyelesaian
dengan cara demokratis. Ertinya, memberikan peluang kepada pihak masing-masing untuk
mengemukakan pendapat dan memberikan keyakinan agar kebenaran pendapatnya
sehingga dapat diterima oleh kedua belah pihak.
Aidah Mohd. Tan & Razumah Baharuddin (1998) mendapati
bahawa pemilihan strategi daya tindak yang betul membolehkan konflik ditangani
dengan baik dan tidak menjejaskan kesejahteraan seseorang dengan yang lain. Selain itu, mempunyai
pengetahuan yang mendalam tentang peranan dan tanggung jawab masing-masing
dalam menjalankan tugas dan perhubungan juga boleh menghindari konflik dari
pada berlaku. Kemudahan-kemdahan kauseling yang fleksibel juga perlu disediakan
agar tanggung jawab dan tugas setiap individu dapat dilaksanakan dengan
sempurna.
2.3.1 Membentuk Sikap Positif Terhadap Konflik
Menurut
Havighust (1967) perkembangan manusia melalui tiga tahap iaitu tahap kanak-kanak,
remaja dan dewasa. Remaja mengalami dan mempelajari cara-cara menyesuaikan diri
dengan keadaan sekitar. Zaman dewasa pula sering dikaitkan dengan kebolehan
untuk bertanggung-jawab dan berdikari. Namun, zaman inilah mereka tetap
mengalami pelbagai jenis masalah dan konflik.
Bersikap lebih terbuka, mengamalkan komunikasi
yang tepat dan bersedia untuk mendengar dan menerima pandangan orang lain,
juga dapat menjadi aspek utama dalam
menangani konflik. Sehingga apabila dua atau lebih individu yang mempunyai
sikap yang negatif dan kepercayaan yang rendah terhadap orang lain, maka akan
mewujudkan konflik sosial dalam kelompok tersebut.
Ezhar Tamam (1999), kesan suatu konflik, sama ada
positif atau negatif bergantung kepada konflik diuruskan. Perkara penting yang
harus dipegang adalah setiap konflik mempunyai hikmah yang nyata dan
tersembunyi. Sikap positif akan memudahkan dan melancarkan proses penyelesaian
konflik.
Dalam Islam konflik perlu dianggap sesuatu yang
positif, kerana konflik juga boleh jadi jalan untuk penyelesaian masalah (Zanariah
Marthan, 2009), memberi peluang dan kesempatan untuk menegakkan kebenaran serta
sebagai suatu latihan berfikir dan bertukar pendapat (Muhammad Rizal & Kamaruzzaman,
2006).
Kesimpulannya, setiap orang yang menghadapi
konflik perlu menerimanya secara positif. Demikian kerana konflik sosial
merupakan perkara yang memberikan banyak faedah seperti menggalakkan kemahiran,
latihan berfikir dan membantu seseorang mencari jalan penyelesaian melalui
kaedahnya. Impak dari konflik sosial juga, seseorang itu akan dapat menegakkan
kebenaran dan bertukar pendapat antara ahli organisasi. Seterusnya, sikap
positif terhadap konflik akan membantu penyelesaian konflik secara sistematik
dan lancar.
2.3.2 Mewujudkan Ruang Berkomunikasi
Dalam berkomunikasi biasanya seseorang akan menemui
pelbagai macam hambatan jika tidak dapat ditanggapi dan disikapi akan membuat
proses komunikasi tersebut menjadi sia-sia atau yang sering terjadi adalah
kesalahfahaman. Namun sebalinya, jika komunikasi tersebut dapat disikapi dan
difahami dengan yang sebenar, ia akan menjadi faktor dalam penyelesaian
konflik. Komunikasi juga berfokus kepada mencari maklumat, memberi arahan,
memotivasi, member galakan, menyokong dan memujuk. Mohammad Najib (dalam
Zanariah marthan, 2009), turut berpendapat bahawa berkomunikasi yang terbuka
dan mendapat sokongan akan menggalakkan kerja sama dalam menjayakan tugas
dengan tujuan untuk mengumpul dan menyebarkan maklumat yang efektif. Komunikasi
juga menjadi aspek utama menyelesaikan masalah dan konflik, mematahkan khabar
angin, mengolah suasana temteram dan dapat memberi makna terhadap tugas dalam
pendidikan yang konpleks.
Yang paling mendasar dalam sebuah kegiatan komunikasi
adalah adanya rasa saling percaya. Kalau sudah percaya, biasanya apapun yang
dikatakan pastilah diterima. Satu hal lagi yang berpengaruh iaitu efesien,
komunikasi yang efesien adalah komunikasi yang tidak membutuhkan upaya besar
agar mencapai tujuannya. Kerja sama merupakan modal dasar untuk
menyelenggarakan komunikasi yang efektif, kerananya dibutuhkan kemampuan
komunikasi yang efektif. Kemampuan ini merupakan kemampuan untuk berbagi idea,
mengkritik dari semua aspek, mendorong dan merangsang imajinasi, monolak buah
fikiran yang kurang tepat dan mengenal sejak dini solusi yang dapat diambil.
Ruang komunikasi juga dapat diwujudkan apabila setiap
orang dalam ahli menjaga hubungan sosial dengan menghormati dan mengamalkan
sifat-sifat mahmudah (Zanariah Marthan, 2009). Sifat-sifat terpuji semacam ini
amat banyak, sebagaimana telah dinyatakan oleh Allah dan ditunjukkan oleh
Rasulullah S.A.W.. Dengan demikian, apabila konflik berlaku, seseorang yang
menghadapinya perlu bersedia dan mencari peluang untuk berkomunikasi dengan
pihak yang terlibat.
Tanpa komunikasi yang luhur dan bermakna, amat sukar
untuk mengurus konflik. Jadi, seseorang perlu mengambil sikap proaktif dalam
mengurus konflik dengan memulakan usaha dan bukan menunggu (Ezhar Tamam, 1999).
2.3.3 Keadilan dan Peranan Pihak Ketiga
Keterbukaan
dan keadilan sangatlah penting serta dibutuhkan dalam kehidupan dan pergaulan sehari-hari, kerana jika
tanpa adanya keterbukaan dan keadilan maka tidak terwujudlah rasa kebersamaan
yang baik dan akhirnya akan menimbulkan konflik sosial. Keadilan pada
hakikatnya adalah memperlakukan seseorang atau pihak lain sesuai dengan haknya.
Yang menjadi hak setiap orang adalah diakui dan diperlakukan sesuai dengan
harkat dan martabatnya, yang sama derajatnya, yang sama hak dan kewajibannya,
tanpa membedakan suku, keturunan dan agamanya.
Dengan adanya keadilan
konflik sosial yang timbul dalam kumpulan akan
mudah diurus. Cara ini bukan hanya dapat mengatasi konflik, bahkan hubungan
antara seseorang dengan seseorang yang lain akan dapat dikekalkan (Suhaini Muda,
2006). Keadilan adalah salah satu cara untuk menyelesaikan konflik yang
berlaku. Kebiasaannya konflik berlaku akibat rasa tidak puas hati yang
disebabkan oleh ketidakadilan.
Konflik juga dapat diselesaikan secara perantaraan atau orang
ketiga yang dipilih dan mempunyai sifat adil dan wibawa. Keadilan yang dimaksud,
pihak yang dipilih dapat menjadi orang tengah dan mendengar masalah kedua-dua
belah pihak. Tujuannya untuk mengelakkan keputusan yang dibuat itu berat
sebelah pihak dan menyebabkan konflik makin meruncing. Orang tengah yang pilih
perlu adil dan komited dalam mengambil keputusan dan diharapkan dapat
menyelesaikan masalah serta diterima oleh kedua-dua belah pihak yang
berkonflik.
Kadangkala perundingan yang dibuat oleh kedua-dua pihak yang
berkonflik gagal menemui penyelesaian. Jadi, dalam hal ini peranan orang ketiga
sangat diperlukan bagi membantu perundingan tersebut. Moore (dalam Mohd Fuad
Sakdan, 2005) menyatakan bahawa pihak ketiga atau pengatara tidak berautoriti
dalam pembuatan keputusan tetapi bertanggungjawab membantu pihak yang
berkonflik bagi mencapai penyelesaian tentang isu yang dipertikaikan. Dengan
demikian segala keputusan yang dibuat oleh pihak ketiga harus diterima oleh
kedua-dua pihak.
Secara umumnya, konflik sosial dapat diurus dengan baik
melalui konsep keadilan apabila ada pihak yang cuba akan membantu dalam
penyelesaian. Bantuan pihak ketiga bukan sahaja dapat meringankan konflik yang
berlaku, malah hal ini membolehkan hubungan antara pihak yang berkonflik
semakin baik. Isu yang menjadi punca konflik dapat diatasi dan masalah dapat
diselesaikan.
2.3.4 Kaedah Penyelesaian Masalah
Soetopo (1999) menyatakan bahawa strategi penyelesaian
konflik merujuk pada suatu aktivitas yang dimaksudkan untuk mengelola konflik
mulai dari perencanaan, evaluasi, dan pemecahan atau penyelesaian masalah
konflik menjadi sesuatu yang positif bagi perubahan dan pencapaian tujuan.
Proses penyelesaian masalah dalam mengatasi konflik
sosial boleh menggunakan beberapa langkah. Langkah tersebut dibuat melalui
proses yang dikenal sebagai percambahan pemikiran atau sumbang saran. Prosesnya
adalah melalui pendefinisian masalah, kemudian setelah masalah dikenal pasti,
proses menganalisis dibuat terhadap masalah yang menimbulkan konflik. Proses
mengenal pasti ini digunakan untuk mencari berapa banyak faktor yang
menyebabkan suatu masalah timbul hingga berlakunya konflik. Setelah analisis
dibuat, setiap ahli yang berkonflik perlu berbincang dan mencari jalan penyelesaian
bagi masalah yang berlaku.
Md Yadi Said (2006), penyelesaian konflik sosial boleh
diatasi melalui penyelesaian masalah dengan cara sebelah pihak melayani dulu
pihak yang satu lagi. Hal ini bermaksud seseorang perlu mendengar dengan baik
permasalahan orang lain ketika berinteraksi. Seseorang yang berkonflik juga
perlu membuka peluang penyelesaian dengan meminta pihak lain dengan memberikan cadangan
penyelesaian. Setelah semua maklumat diperolehi dianalisi kembali agar didapatkan
jalan penyelesaian. Hal ini bermaksud kedua-dua belah pihak yang bekonflik
menerima jalan penyelesaian yang dicadangkan dengan sebulat hati dan
kedua-duanya merasakan mereka mendapat perkara yang diinginkan.
Penyelesaian masalah menumpu kepada masalah yang telah
wujud, memerlukan analisis kepada perbazaan sebab-sebab berlaku masalah dan
yang terakhir adalah proses membuat keputusan (Mohammad Najib Abdul Ghafar,
2004). Maimunah Aminuddin (2003), pula menjelaskan bahawa dalam penyelesaian
masalah yang menimbulkan konflik seseorang perlu bertindak segera, menyesiasat
dan merekod perkara-perkara yang penting seperti faktor sesuatu masalah
berlaku, sentiasa bersikap tenang, memiliki kemahiran mendengar dan memberikan
khidmat kaunseling.
2.4 Kesimpulan
Manusia sebagai makhluk sosial selalu berinteraksi dengan
sesama manusia. Ketika berinteraksi dengan sesama manusia, selalu diwarnai dua
hal, yaitu konflik dan kerjasama. Dengan demikian konflik merupakan bagian dari
kehidupan manusia. Konflik biasanya diberi maksud sebagai satu bentuk perbezan
atau pertentangan idea, pendapat, fahaman dan kepentingan diantara dua pihak
atau lebih. Konflik
dilatarbelakangi oleh perbezaan ciri-ciri yang dibawa individu dalam suatu
interaksi. Perbezaan-perzedaan tersebut diantaranya adalah menyangkut ciri
fizikal, kepandaian, pengetahuan, adat istiadat, keyakinan, dan sebagainya.
Apabila konflik sosial wujud, kita perlu melihat
cara-cara pengurusannya agar hal ini tidak menjadi duri dalam daging. Cara-cara
yang boleh dilaksanakan adalah seseorang itu perlu membentuk sikap positif
terhadap konflik dan mewujudkan ruang untuk berkomunikasi.
Kaedah lain yang boleh digunakan untuk mengatasi
konflik sosial adalah melaui konsep keadilan, kerana konsep ini mempunyai peranan
penting dalam penyelesaian konflik sosial. Tanpa keadilan kehidupan akan selalu
diwarnai dengan konflik, sama ada pemerintahan, masyarakat, organisasi dan
lainnya. Selain kaedah-kaedah tersebut, konflik juga dapat diselesaikan dengan
melalui peranan orang ketiga yang jadi sebagai penengah yang adil dan bijak
dalam menangani masalah dan tidak berpihak. Seterusnya, kaedah penyelesaian
masalah juga dapat diprektikkan oleh guru pendidikan Islam untuk menyelesaikan
konflik sosial dalam kalangan mereka.
Secara keseluruhannya, konflik sosial merupakan
masalah yang berlaku dalam kehidupan kita seharian. Hanya kita sebagai manusia
menyedari atau tidak akan kewujudan konflik dalam kalangan kita terutamanya
guru-guru pendidikan Islam.
BAB III
METODOLOGI KAJIAN
3.0 Pendahuluan
kajian ini dibuat untuk meninjau kaedah penyelesaian
konflik sosial yang digunakan oleh guru pendidikan Islam. Selain itu, kajian
ini juga bertujuan untuk mengenalpasti jenis-jenis konflik sosial yang dihadapi
oleh mereka disamping melihat sama ada terdapat hubungan antara penyelesaian
konflik sosial yang digunakan dengan kepuasan kerja dikalangan guru pendidikan Islam.
Kajian ini merupakan tinjauan (survey) untuk mendapat maklum balas dari
responden.
3.1 Reka Bentuk Kajian
Kajian ini dijalankan secara survey yang menggunakan
soal selidik bagi mengumpulkan data. Ia melibatkan pengumpulan data daripada
satu kumpulan besar berkenaan topik kajian. Dari pada survey, pengkaji
mengumpul kembali borang soal selidik selepas kesemua responden iaitu 21 orang
menjawab soal selidik tersebut dalam masa yang telah ditetapkan.
3.2 Populasi dan Sampel
Kajian ini melibatkan guru-guru pendidikan Islam
disebuah daerah di Aceh, Indonesia. Kaedah persampelan bertujuan (purposive
sampling) digunakan oleh pengkaji untuk memilih sampel yang terdiri daripada
guru pendidikan Islam yang mempunyai opsyen pendidikan Islam semasa mengikuti
kursus perguruan sama ada yang mengajar mata pelajaran pendidikan Islam,
syariah Islamiyah, tasawwur Islam atau mata pelajaran lain. Sampel yang dipilih
terdiri daripada guru-guru pendidikan Islam dalam sebuah daerah sahaja.
Bilangan responden yang terpilih adalah seramai 21 (N=21) dalam kalangan guru
pendidikan Islam daripada keseluruhan guru pendidikan Islam dalam daerah yang
telah dipilih oleh pengkaji.
3.3 Lokasi Kajian
Kajian ini dijalankan di daerah Banda Aceh, Aceh,
Indonesia. Daerah ini merupakan Bandar sultan Iskandar Muda dan ibu kota kepada
provinsi Aceh. Jumlah penduduk di Kota Banda Aceh dari data terbaru
yang didapat daripada Badan Pusat Statistik adalah seramai 264.091 jiwa
(BPS Kota Banda Aceh). Dengan luas wilayah Kota
Banda Aceh 61.36 kilometer persegi maka rata-rata tingkat kepadatan penduduk
Kota Banda Aceh adalah seramai 3.654 jiwa per kilo meter persegi. Daerah ini
terdapat 70 buah sekolah menengah dan 110 buah sekolah rendah negeri
(kebangsaan). Banda Aceh juga merupakan sebuah Bandar raya yang pesat membangun
dan banyak kemudahan yang mudah diperolehi di Bandar ini. Di daerah ini juga
terdapat institut pengajian tinggi agama dan awam seperti IAIN ar-Raniry, University
Siyah Kuala, University Serambi Mekkah, University Muhammadiyah, University
Pante Kulu, al-Wasliyah, Abul Yatama, Poli Tehnik dan banyak lagi.
3.4 Instrumen Kajian
Kajian
ini menggunakan instrument soal selidik yang dibina sendiri oleh pengkaji bagi
mendapatkan maklumat.
Soal selidik ini mengandungi tiga bahagian, iaitu bahagian A:
demografi guru pendidikan Islam. Bahagian B: faktor-faktor yang menyebabkan
konflik sosial yang dihadapi oleh guru pendidikan Islam mengandungi 30 item
yang mengkehendaki responden sama ada sangat tidak setuju, tidak setuju, setuju
atau sangat setuju. Skor yang diberikan adalah berdasarkan skala likert 4 mata
(skor) iaitu:
-
1 (Sangat
tidak setuju)
-
2
(tidak setuju)
-
3
(setuju)
-
4
(sangat setuju)
Bahagian C:
kaedah-kaedah penyelesaian konflik sosial yang digunakan oleh guru pendidikan Islam
mengandungi 20 item soalan juga menggunakan skala likert 4 mata (skor).
Bahagian ini juga mengkehendaki responden menjawab sama ada:
-
1
(Sangat tidak setuju)
-
2
(tidak setuju)
-
3
(setuju)
-
4
(sangat setuju)
3.5
Prosedur Kajian
Sebelum
menjalankan kajian, pengkaji telah mengikut prosedur yang telah ditetapkan
bermula dari awal sehingga sempurna kajian ini. Bagi proses pengumpulan data, pengkaji
melakukan hal-hal berikut:
1. Membina soal selidik
2. Memohon kebenaran
daripada pihak jawatan penyelidikan Aceh, jabatan pendidikan negeri, pejabat
pendidikan daerah dan pentadbir sekolah yang terlibat.
3. Mengedarkan soal
selidik kepada guru-guru pendidikan Islam
4. Menganalisis data
menggunakan perisian SPSS versi 19.0
5. Menyediakan laporan
kajian
3.6
Kajian Rintis
Bagi mendapatkan
kesalahan soalan kajian, pengkaji telah merujuk kepada penyelia kajian dan
beberapa orang pakar yang berkenaan. Berdasarkan pandangan mereka soal selidik
tersebut telah diubah suai mengikut kesesuaian soalan kajian. Pengkaji juga
telah melaksanakan kajian rintis bagi menilai keboleh percayaan instrument
kajian. Ia telah melibatkan 20 orang responden. Dapatan kajian telah dianasis
menggunakan perisian SPSS versi 19.0 melalui analisis Cronbach Alpha dan
keboleh percayaanya.
3.7
Analisis Data
Dapatan yang
diperolehi telah dianalisi menggunakan statistik deskriptif yang merangkumi
jumlah, kekerapan (frekuensi), peratus dan purata untuk memerihalkan demografi
responden, jenis-jenis konflik sosial yang dihadapi dan kaedah-kaedah penyelesaian
konflik sosial yang digunakan oleh guru pendidikan Islam. Manakala analisis Crosstab
telah digunakan bagi menjawab persoalan adakah terdapat perbezaan yang
signifikan antara penyelesaian konflik sosial guru pendidikan Islam sekolah
rendah dengan guru pendidikan Islam sekolah menengah. Analisis hanya melihat
kepada perbezaan keputusan Khi Kuasa Dua (Pearson Chi Square).
Soal selidik yang dikumpul dianalisis menggunakan perisian SPSS versi 19.0
bagi menghuraikan data dan data tersebut dipaparkan dalam bentuk jadual.
BAB
IV
DAPATAN
KAJIAN
4.0 Pendahuluan
Dalam bab ini,
pengkaji akan membentangkan hasil analisis data tentang faktor-faktor konflik sosial
dalam kalangan guru pendidikan Islam dan cara-cara mengatasinya. Bahagian A
soal selidik adalah berkaitan aspek demografi responden, bahagian B pula
berkaitan faktor-faktor berlakunya konflik sosial dalam kalangan guru
pendidikan Islam dan bahagian C pula berkaitan dengan cara-cara penyelesaian
konflik sosial dalam kalangan guru pendidikan Islam.
4.1
Latar Belakang Responden
Responden
terdiri dari guru pendidikan Islam termasuk guru yang sertifikasi, guru sandaran
tidak terlatih (GSTT), guru sandaran terlatih (GST), guru tetap, guru kontrak
dan lain-lain. Jumlah responden yang dipilih adalah seramai 21 orang (N=21).
Analisis telah dibuat berdasarkan latar belakang responden iaitu jantina, umur,
status perkahwinan, tugas yang disandang, pilihan kerjaya sebagai guru,
bilangan guru pendidikan Islam di sekolah, jumlah waktu mengajar seminggu,
jenis sekolah, pengetua dan lokasi tempat mereka mengajar. Responden yang
dipilih telah diminta untuk menjawab soalan kaji selidik bagi memperoleh data
yang dikehendaki.
4.1.1
Bilangan Responden Mengikut Jantina
Jadual
4.1: bilangan guru pendidikan Islam mengikut jantina.
Jantina
|
Bilangan
|
Peratus
|
Lelaki
|
11
|
52.4%
|
Perempuan
|
10
|
47.6%
|
Jumlah
|
21
|
100%
|
Bedasarkan
jadual 4.1, bilangan responden lelaki adalah seramai 11 orang dan responden
perempuan seramai 10 orang dan jumlah responden lelaki lebih ramai berbanding
dengan responden perempuan. Hal ini menunjukkan bahawa bilangan guru pendidikan
Islam lelak lebih ramai daripada guru pendidikan Islam perempuan.
4.1.2
Umur Responden
Jadual
4.2: umur
Umur
|
Bilangan
|
Peratus
|
20-30
tahun
|
14
|
66.7%
|
31-40
tahun
|
5
|
23.8%
|
41
tahun ke atas
|
2
|
9.5%
|
Jumlah
|
21
|
100%
|
Jadual 4.2
menunjukkan bilangan responden berdasarkan umur. Majoriti guru pendidikan Islam
yang berumur 25-30 tahun iaitu 14 orang berbanding dengan guru pendidikan Islam
yang berusia 36-40 tahun (2 orang), 20-24 tahun (6 orang), 31-35 tahun (3
orang) dan 41 tahun ke atas (2 orang). Berdasarkan keputusan yang ditunjukkan
dalam jadual diatas, dapat disimpulkan bahawa kumpulan responden yang berumur
25-30 lebih ramai berbanding dengan umur responden yang lain.
4.1.3
Status Perkahwinan
Jadual
4.3: status perkahwinan
Status
|
Bilangan
|
Peratus
|
Bujang
|
12
|
57.1%
|
Berkahwin
|
7
|
33.3%
|
Duda/
janda
|
1
|
4.8%
|
Jumlah
|
21
|
100%
|
Jadual 4.3
menunjukkan majoriti guru pendidikan Islam yang dipilih bujang iaitu seramai 12
orang. Selebihnya 7 orang sudah berkahwin dan 1 adalah duda/ janda. Oleh itu,
dapat disimpulkan bahawa guru pendidikan Islam yang belum berkahwin lebih ramai
dari pada responden yang sudah berkahwin.
4.1.4
Taraf Jawatan
Jadual
4.4: taraf jawatan yang disandang
Jawatan
|
Bilangan
|
Peratus
|
GSTT
|
4
|
19.0%
|
GST
|
6
|
28.6%
|
Kontrak
|
6
|
28.6%
|
Tetap
|
4
|
19.0%
|
Lain-lain
|
1
|
4.8%
|
Jumlah
|
21
|
100%
|
Jadual 4.4
menunjukkan seramai 4 orang (19.0 peratus) responden adalah terdiri dari guru
sandaran tidak terlatih (GSTT) dan 6 orang responden (28.6 peratus) yang
berjawatan guru sandaran terlatih (GST). Manakala selebihnya adalah guru tetap
(4 orang) dan lain-lain seramai 1 orang (4.8 peratus). Hal ini membuktikan
bahawa bilangan responden GST dan kontrak lebih ramai dari pada GSTT dan
lain-lain.
4.1.5
Tahap Pendidikan
Jadual
4.5: tahap pendidikan
Tahan
pendidikan
|
Bilangan
|
Peratus
|
Diploma
pendidikan
|
6
|
28.6%
|
Ijazah
|
6
|
28.6%
|
Ijazah
dan diploma
|
6
|
28.6%
|
Sarjana
|
3
|
14.3%
|
Jumlah
|
21
|
100%
|
Berdasarkan pada
jadual 4.5 didapati bahawa kebanyakan responden yang dipilih mempunyai purata kelulusan
ijazah sarjana muda iaitu seramai 6 orang (28.6 peratus), diploma pendidikan
seramai 6 orang dan ijazah dan diploma juga seramai 6 orang. Manakala yang
paling sedikit responden yang mempunyai ijazah sarjana iaitu seramai 3 orang.
Berdasarkan kepada jumlah yang dipaparkan dalam jadual diatas, jelas
menunjukkan bahawa responden yang hanya berkelulusan ijazah sarjana yang
sedikit jumlahnya daripada responden yang mempunyai kelulusan ijazah dan
diploma dan lainya.
4.1.6
Jenis Sekolah
Jadual
4.6: jenis sekolah
Jenis
sekolah
|
Bilangan
|
Peratus
|
Rendah
|
13
|
61.9%
|
Menengah
|
8
|
38.1%
|
Jumlah
|
21
|
100%
|
Jadual 4.6
menunjukkan bahawa responden yang mengajar di sekolah rendah lebih ramai iaitu
13 orang (61.9 peratus) daripada guru pendidikan Islam yang mengajar di sekolah
menengah iaitu 8 orang (38.1 peratus). Dapatan kajian menunjukkan jumlah
responden guru sekolah rendah lebih ramai daripada responden sekolah menengah.
4.1.7
Pengalaman Mengajar
Jadual
4.7 pengalaman mengajar
Pengalaman
|
Bilangan
|
Peratus
|
1
tahun atau kurang
|
3
|
14.3%
|
2-4
tahun
|
10
|
47.6%
|
5-7
tahun
|
5
|
23.8%
|
8-10
tahun
|
2
|
9.5%
|
10
tahun dan lebih
|
1
|
4.8%
|
Jumlah
|
21
|
100%
|
Berdasarkan
jadual 4.7 yang melihat kepada aspek pengalaman mengajar guru pendidikan Islam,
jumlah guru yang mengajar selama 2-4 tahun lebih ramai iaitu 10 orang
berbanding yang lain adalah 5-7 tahun (5 orang), 1 tahun atau kurang (3 orang)
dan lebih 10 tahun (1 orang). Hasil kajian menunjukkan bahawa kumpulan responden
yang mengajar 2-4 tahun lebih ramai daripada kupulan responden yang lain.
4.1.8
Pengetua Sekolah
Jadual
4.8 jantina pengetua sekoah
Jantina
|
Bilangan
|
Peratus
|
Lelaki
|
11
|
52.4%
|
Perempuan
|
10
|
47.6%
|
Jumlah
|
21
|
100%
|
Jadual 4.8
menunjukkan pengetua sekolah tempat responden mengajar adalah lelaki seramai 11
orang (52.4 peratus) dan hanya 10 orang sahaja pengetua perempuan. Dapatan
kajian menunjukkan kebanyakan responden mempunyai pengetua atau guru besar
lelaki di sekolah mereka.
4.1.9
Tempat Mengajar
Jadual
4.9: tempat mengajar
Lokasi
|
Bilangan
|
Peratus
|
Bandar
|
6
|
28.6%
|
Pinggir
Bandar
|
8
|
38.1%
|
Luar
Bandar
|
7
|
33.3%
|
Jumlah
|
21
|
100%
|
Jadual 4.9
menunjukkan responden yang mengajar di pinggir Bandar seramai 8 orang dan
selebihnya mengajar di Bandar 6 orang manakla 7 orang mengajar di luar Bandar.
Kajian ini membuktikan bahawa kebanyakan responden mengajar di pingir Bandar
daripada Bandar dan luar Bandar.
4.1.10
Tugas Yang Disandang di Sekolah
Jadual
4.10: tugas yang disandang responden di sekolah
Tugas
|
Bilangan
|
Peratus
|
GPK
|
1
|
4.8%
|
Penyelaras
kurikulum
|
2
|
9.5%
|
Ketua
penitia
|
4
|
19.0%
|
Guru
disiplin
|
11
|
52.4%
|
Guru
data
|
3
|
14.3%
|
Jumlah
|
21
|
100%
|
Serami 11 orang
guru PI menyandang jawatan sebagai guru disiplin di sekolah seperti yang
ditunjukkan dalam jadual 4.10. Manakala 4 memegang jawatan ketua penitia dan
selebihnya seramai 2 orang sebagai penyelaras kurikulum, 1 orang sebagai guru
penolong kanan dan 3 orang guru data. Hasil kajian menunjukkan bahawa responden
yang dipilih adalah guru-guru yang menjawat jawatan guru disiplin daripada
jawatan lain.
4.1.11
Sebab Memilih Profesional Perguruan
Jadual
4.11: sebab memilih profesional perguruan
Sebab
memilih guru
|
Bilangan
|
Peratus
|
Diri
sendiri
|
8
|
38.1%
|
Dorongan
keluarga
|
5
|
23.8%
|
Dorongan
rakan
|
3
|
14.3%
|
Tiada
pilihan kerjaya
|
5
|
23.8%
|
Jumlah
|
21
|
100%
|
Jadual 4.11
menunjukkan 8 guru pendidikan Islam memilih professional keguruan atas faktor
diri sendiri dan 5 orang dorongan keluarga, 3 orang dorongan rakan dan 5 orang
tiada pilihan kerjaya. Dapatan kajian membuktikan bahawa kebanyakan responden
memilih guru sebagai professional utama adalah dengan kehendak sendiri.
4.1.12
Bilangan Guru Pendidikan Islam di Sekolah
Jadual
4.12: bilangan guru pendidikan Islam di sekolah
Bilangan
GPI
|
Bilangan
|
Peratus
|
1
orang
|
6
|
28.6%
|
2-4
orang
|
7
|
33.3%
|
5-7
orang
|
6
|
28.6%
|
8-10
orang
|
1
|
4.8%
|
Lebih
10 orang
|
1
|
4.8%
|
Jumlah
|
21
|
100%
|
Bilangan guru
pendidikan Islam dalam jadual 4.12 menunjukkan seramai 7 orang mempunyai rakan
sejawat antara 2-4 orang guru dan 6 orang 1 dan 5-7 orang guru. Sementara itu,
seramai 1 orang (lebih 10 orang guru PI), 8-10 orang (1 orang) rakan sejawat.
Hasil kajian mendapati bahawa kebanyakan responden mempunyai rakan sealiran
antara 2-4 orang disekolah mereka mengajar.
4.1.13
Beban Pengajaran Mingguan
Jadual
4.13: beban pengajaran mingguan
Jumlah
waktu
|
Bilangan
|
Peratus
|
20
waktu atau kurang
|
6
|
28.6%
|
21-24
waktu
|
5
|
23.8%
|
25-27
waktu
|
8
|
38.1%
|
28-30
waktu
|
2
|
9.5%
|
Jumlah
|
21
|
100%
|
Jadual 4.13
mengambarkan 8 orang guru PI mempunyai waktu mengajar 25-27 seminggu.
Selebihnya, 6 orang 20 waktu atau kurang, 5 orang mengajar antara 21-24 waktu
dan 2 orang mengajar antara 28-30 waktu dalam seminggu. Dapatan ini membuktikan
kebanyakan responden mengajar antara 20 waktu atau kurang dan 21-24 waktu
seminggu.
4.2
Faktor Konflik Sosial
Bahagian ini
penkaji akan cuba menjawab persoalan kajian “apakah faktor-faktor yang
menyebabkan berlakunya konflik sosial dalam guru pendidikan Islam’. Bagi
mengenal pasti faktor yang berlakunya konflik sosial dalam kalangan guru
pendidikan Islam sebagai faktor yang dominan, pengkaji telah menganalisis
maklum balas responden terhadap item-item yang dikemukakan dalam soalan kajian.
4.2.1
Faktor Komunikasi
Jadual
4.14: respon mengenai faktor komunikasi dalam kalangan guru PI
Item
|
Pernyataan
|
skala
|
|||||
1
STS
|
2
TS
|
3
S
|
4
SS
|
Min
|
SP
|
||
1
|
Saya
suka memberi pandangan ketika musyawarat atau berbincang
|
3
(14.3%)
|
5
(23.8%)
|
7
(33.3%)
|
6
(28.6%)
|
2.76
|
1.044
|
2
|
Saya sering membantah
cadangan atau idea orang lain
|
5
(23.8%)
|
7
(33.3%)
|
8
(38.1%)
|
1
(4.8%)
|
2.10
|
.768
|
11
|
Saya tidak suka berbincang dan bermusyawarat
|
9
(42.9%)
|
9
(42.9%)
|
3
(14.3%)
|
0
(0%)
|
1.71
|
.717
|
22
|
Saya tidak pandai
berkomunikasi dengan baik
|
5
(23.8%)
|
10
(47.6%)
|
4
(19.0%)
|
2
(9.5%)
|
2.14
|
.910
|
27
|
Saya lebih suka berbincang dengan rakan secara
tidak formal
|
3
(14.3%)
|
4
(19.0%)
|
9
(42.9%)
|
5
(23.8%)
|
2.76
|
.995
|
28
|
Saya tidak suka berbincang
dengan rakan yang lebih rendah pendidikannya dari pada saya
|
8
(38.1%)
|
4
(19.0%)
|
7
(33.3%)
|
2
(9.5%)
|
2.14
|
1.062
|
Jumlah
Purata
|
2.29
|
.468
|
Jadual 4.14
menjelaskan bahawa dalam faktor komunikasi terdapat dua aspek yang menyebabkan
konflik sosial berlaku dalam kalangan guru pendidikan Islam. Dalam analisis
yang ditunjukkan pada jadual 4.14 terdapat beberapa item yang mempunyai jumlah min
purata yang tinggi iaitu 2.29., dan hanya satu item yang mempunyai min 1.71
iaitu item 11 yang soalan kajiannya adalah Saya tidak suka berbincang dan
bermusyawarat, dengan jumlah responden yang sangat tidak setuju dan tidak
setuju adalah seramai 18 orang.
Daripada dapatan kajian tersebut disimpulkan bahawa daripada faktor komunikasi,
konflik guru pendidikan Islam timbul dikeranakan oleh beberapa sebab iaitu suka
memberi pandangan ketika musyawarat atau berbincang, sering membantah cadangan
atau idea orang lain, tidak pandai berkomunikasi dengan baik, suka berbincang
dengan rakan secara tidak formal dan tidak suka berbincang dengan rakan yang
lebih rendah pendidikannya. Perbincangan yang diadakan secara tidak formal
biasanya untuk membicarakan perkara-perkara kecil sahaja. Oleh itu, apabila guru-guru
pendidikan Islam mengadakan perbincangan secara tidak formal dalam
perkara-perkara pokok, maka konflik mudah berlaku kerana timbul rasa tidak puas
hati dalam kalangan ahli terhadap keputusan yang diambil dalam perbincangan
tersebut. Membantah idea-idea atau cadangan orang lain juga dapat menyebabkan
konflik.
4.2.2
Faktor Sikap
Sikap juga boleh
menjadi punca timbulnya konflik sosial dalam kalangan guru pendidikan Islam.
Hal ini dapat kita lihat dalam jadual 4.15 berdasarkan kepada item soalan, min
item yang tertinggi adalah 2.71 dan yang paling rendah adalah 1.95.
Jadual
4.15: faktor sikap
Item
|
Pernyataan
|
Skala
|
|||||
1
STS
|
2
TS
|
3
S
|
4
SS
|
Min
|
Sp
|
||
3
|
Saya tidak suka diarah oleh sesiapa
|
5
(23.8%)
|
9
(42.9%)
|
7
(33.3%)
|
0
(0%)
|
2.10
|
.768
|
4
|
Saya hanya mendiamkan diri
jika saya tidak bersetuju
|
2
(9.5%)
|
10
(47.6%)
|
6
(28.6%)
|
3
(14.3%)
|
2.48
|
.873
|
8
|
Saya lebih suka memberi arahan dari pada
membimbing rakan
|
3
(14.3%)
|
7
(33.3%)
|
9
(42.9%)
|
2
(9.5%)
|
2.48
|
.873
|
9
|
Saya suka menangguhkan
kerja-kerja yang diamanahkan kepada saya
|
4
(19.0%)
|
8
(38.1%)
|
7
(33.3%)
|
2
(9.5%)
|
2.33
|
.913
|
16
|
Saya sukar menyesuaikan diri di tempat kerja
|
6
(28.6%)
|
9
(42.9%)
|
5
(23.8%)
|
1
(4.8%)
|
2.05
|
.865
|
20
|
Saya suka memencilkan diri
jika tidak dapatmengatasi masalah
|
8
(38.1%)
|
5
(23.8%)
|
8
(38.1%)
|
0
(0%)
|
2.00
|
.894
|
23
|
Saya lebih suka menunggu rakan saya memulakan
perkara
|
3
(14.3%)
|
8
(38.1%)
|
7
(33.3%)
|
3
(14.3%)
|
2.48
|
.928
|
24
|
Saya suka mendahului orang
lain
|
4
(19.0%)
|
6
(28.6%)
|
9
(42.9%)
|
2
(9.2%)
|
2.43
|
.926
|
25
|
Saya lebih suka mementingkan diri sendiri
daripada orang lain
|
6
(28.6%)
|
9
(42.9%)
|
5
(23.8%)
|
1
(4.8%)
|
2.05
|
.865
|
29
|
Saya lebih suka menyudahkan
kerja seorang diri apabila saya mendapati rakan tidak mau memberikan kerja
sama
|
1
(4.8%)
|
7
(33.3%)
|
10
(47.6%)
|
3
(14.3%)
|
2.71
|
.784
|
30
|
Saya sukar memberikan kerja sama dengan orang
lain
|
9
(42.9%)
|
5
(23.8%)
|
6
(28.6%)
|
1
(4.8%)
|
1.95
|
.973
|
Jumlah Purata
|
2.28
|
.353
|
Berdasarakan
kepada analisis maklum balas responden, didapati item soalan ke-29 seramai 13
orang responden bersetuju dan sangat setuju bahawa guru pendidikan Islam lebih
suka menyudahkan kerja seoarang diri apabila mereka mendapati rakan mereka
tidak mau memberikan kerja sama. Seterusnya diikuti dengan item soalan 4,8 dan
23 dengan skor min 2.48, item soalan 24 dengan skor min 2.43, item soalan 16,
25 dengan skor min 2.05 dan item soalan 20 dengan skor min 2.00. Manakala skor
min yang paling rendah terdapat dalam item soalan 30 iaitu 1.95. Dapatan kajian
ini juga mendapati bahawa 14 orang sangat tidak setuju dan tidak bersetuju
dengan pernyataan ‘Saya sukar memberikan kerja sama dengan orang lain’ sebagai
salah satu punca menimbulkan konflik dalam kalangan guru pendidikan Islam sebagai
faktor sikap.
No comments:
Post a Comment